Friday, 31 July 2026

Pasang Kipas Dapur

Dah lama saya dok berangan nak pasang kipas di dapur ni. Awalnya nak pasang kipas dinding tapi dengan kudrat yang ada ni macam tak mampu nak panjat memanjat. Lagipun dinding dapur saya agak terhad dek kabinet dapur. Area yang ada pulak jauh dari sumber (socket/plug) elektrik. Malas pulak nak panggil orang datang buat wiring. So saya bertahan sahaja dengan kepanasan bila sibuk di dapur. 

Tiba-tiba muncul kipas simple dalam tiktok. So apa lagi, kita terus check-out. Harga pun murah tak sampai RM50. Order semalam, harini terus sampai. 

Kemain balutan pร rcel.

Elok dalam kotak. Tak paham pun apa dia tulis.

Terus saya pasang untuk merasa kesejukannya. Padahal dah bertahun-tahun saya hadap keadaan panas bila di dapur tiba-tiba bila dah masuk umur senja begini rasa panas lain macam pulak.๐Ÿ˜

Kecik molek sahaja segala aksesorinya.

Untuk sementara, saya gantung (klip) di grail tingkap dulu. Cukup buat hilangkan panas bila membuat kerja di sinki dapur.

Alhamdulillah elok kejadiannya. 

Mudah-mudahan dapat bertahan seadanya. Aamiin.๐ŸŒน

Sekian.๐Ÿ˜Š

No comments:

Lunch Anak Beranak @Kajang

Pagi semalam kami melawat anak bongsu di Putrajaya. Tiba-tiba terasa nak keluar lunch dengan anak no-2 yang bekerja di hospital Kajang waktu...