Monday, 5 January 2026

Jalan-jalan Pavilion Bukit Jalil: Tsutaya Books

Sabtu: 3hb Januari 2026

Dah lama kami bercadang untuk ke Pavilion Bukit Jalil. Katanya di sana ada kedai buku Tsutaya Books. Sebagai peminat buku haruslah hubby akan make a point untuk ke sana. Dan saya seperti biasa hanya mengikut sahaja. 

Kami keluar rumah dalam pukul 9:45 pagi. Jalan sangat lancar dan tiba di sana dalam masa 30 minit sahaja. Oleh kerana pertama kali, kami asyik terlepas simpang masuk ke parking lot. Akhirnya kami dapat masuk ke basement parking A. Depa masih guna sistem tekan butang di palang masuk untuk tiket parking dan bayar harga parking di mesin slot sebelum keluar. So kita follow sahaja walau dah biasa dengan cashless parking menggunakan touch & go atau Bank Card.

Mall main entrance.

Marked tempat parking sebelum apa-apa. Aras B1, lorong Q, tiang 36.

Info tempat bayar parking.

Dari parking lot kami mencari pintu masuk ke mall, naik lif dan terus ke kedai buku Tsutaya Books yang terletak di Level 2. 

Tsutaya Books main entrance.

Kedai bukunya agak luas. Depa letak cermin di bahagian ceiling kedai memberi effect keadaan yang luas penuh dengan buku. 

Efek cermin siling menampakkan ruang yang sangat luas.

Walau suasana macam gloomy tapi sangat tenang. Seronok mencuci mata melihat ratusan buku tersusun di rak. Ada beberapa tajuk buku yang menarik minat saya. Tapi kita KIV dulu. 


KIV dulu.

KIV juga.

Beli buku Quite sahaja.

Puas mencuci mata, kita mengisi perut pulak. Kami duduk mengopi dalam kafe yang disediakan. Harga minuman dan makanan agak pricey, tapi apa salahnya sekali sekala for the ambience. So nice untuk duduk membaca atau buat kerja. Kelihatan beberapa pengunjung lain yang khusyu' buat kerja dengan laptop memasing.

Americano & egg mayo toast for hubby, hot chocolate & banana cake for makcik. 

Ayuhlah mula membaca sambil mengopi.

Usai aktiviti di kedai buku kami keluar pusing-pusing mall ambik vibe, namun kurang kena dengan vibe makcik pakcik. So kita tidak perlu berlama-lama di sini. Marilah kita pulang sebelum jalan jam.

Masih berbaki hiasan sempena sambutan hari Krismas.

Otw balik kami singgah makan tengahari di Restoran Emak Engku, Kg Pandan sambil mengimbau kenangan semasa hubby bekerja di UPTM Cheras dahulu. Resroran ini adalah salah satu port lepak makan tengahari kami. Saya akan pick-up hubby dari opis di UPTM dan keluar makan tengahari di sini. Menu kegemaran saya haruslah masak lemak labu daun asin-asin dan ikan kering goreng. Kali ini kita tambah kerang bakar sebagai penambah rasa. 

Alhamdulillah done another day. Nak pergi Pavi lagi? Mungkin tidak. Not my kind of shopping mall. Saya lebih suka mall yang sederhana besar sesuai untuk makcik pakcik. 

Sekian. 😊

No comments:

Jalan-jalan Pavilion Bukit Jalil: Tsutaya Books

Sabtu: 3hb Januari 2026 Dah lama kami bercadang untuk ke Pavilion Bukit Jalil . Katanya di sana ada kedai buku Tsutaya Books . Sebagai pemin...