Tuesday, 13 January 2026

Pangkas Pokok Putat & Pokok Gajus

Pokok putat di belakang rumah saya ini sangat subur. Saya selalu petik pucuknya buat ulam. Sebelum ini, beberapa kali jugak saya pangkas dahannya agar tidak terlalu merimbun. Tapi bila dah lama tidak dipedulikan dahannya mencanak naik hingga mencapai wayar di belakang rumah. Saspen pulak makcik. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan jiran setaman jika mengganggu wayar.

Kebetulan hari ini cuaca terang ayuhlah kita mulakan hari dengan memangkas dahan-dahan pokok yang melanggar sempadan. Sambil itu kita keluarkan peluh menyedut vitamin D dan menikmati pagi nan indah di laman sendiri.

Dahan pokok putat hampir melepasi bumbung rumah.

Saya tebang sebahagian dahan yang hampir mencecah wayar di belakang rumah.

Alhamdulillah wayar dah jelas kelihatan.

Pokok gajus pun dah togel.

"Kenapa tak upah orang tebang?" 

Entahlah. Benda yang saya boleh buat sendiri haruslah kita suka buat sendiri. Setakat nak tebang pokok... apalah sangat. Ambik gergaji, cari sudut yang sesuai dan potong. Dahan tu akan jatuh sendiri. Lepas tu angkut dan longgokkan di tempat sepatutnya. Nanti lori MPAJ akan datang pungut. Setel.

Kita longgok di sini dulu.

Tinggal pokok limau kasturi dan pokok ciku. Asalkan tidak mengganggu ketenteraman, kita biarkan sahaja mereka hidup subur menghijau.

Perdu pokok bunga kantan dan lengkuas pun dan clear.

Bila semua dah clear, jiwa pun rasa tenang dan badan pun terasa segar selepas keluar peluh. Lepas ni kita cuma perlu maintain pertumbuhan dahan sahaja dan tengok sampai bila dapat bertahan. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik hingga akhirnya. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

No comments:

Pangkas Pokok Putat & Pokok Gajus

Pokok putat di belakang rumah saya ini sangat subur. Saya selalu petik pucuknya buat ulam. Sebelum ini, beberapa kali jugak saya pangkas dah...