Wednesday, 7 January 2026

Happy 59th Birthday, Nenek

Pada 6hb Januari tahun ini, umur nenek dah 59 tahun. Tapi kalau mengikut kiraan bulan Islam dah masuk warga emas sebab every 36 tahun masihi adalah extra setahun kalendar Islam. Kiranya sekarang ini nenek dah berumur hampir 61 tahun. Tinggal berbaki kurang 2 tahun mengikut umur kewafatan Nabi SAW. 

Weekend sebelum 6hb semua anak cucu balik berkumpul. Masing-masing pakat bawa pelbagai juadah bagi menambah kalori Ummi depa. Kita layankan sahaja… setahun sekali katanya.

Happy birthday Nenek... depa cucuk 6 batang lilin sebagai tanda nak masuk umur 60 tahun.

Nasi dagang Ganu, dah cedok baru teringat nak ambik gambar.


Ummi's Girls + cucu-cucu.

Full house, missing ciksu.

By petang kita keluar ke taman permainan dengan cucu-cucu sebelum singgah mengopi di Lapisan, Melawati Mall. Done aktiviti hari ini sempena peningkatan umur nenek. 


One for the memory... on serious mode.

Apa azam (birthday wish) tahun ini? Seperti biasa, kita hanya meneruskan azam yang belum kesampaian sejak lama. Semoga Allah berkahi usia yang berbaki ini. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

No comments:

Happy 59th Birthday, Nenek

Pada 6hb Januari tahun ini, umur nenek dah 59 tahun. Tapi kalau mengikut kiraan bulan Islam dah masuk warga emas sebab every 36 tahun masihi...