Sejak pemasangan pondok gazebo lebih tiga tahun lepas, ianya seakan terbiar begitu sahaja. Walaupun sebelum keberadaannya di rumah ini, saya selalu berangan-angan bulan bintang, tapi bila dah tersedia depan mata, minat untuk duduk-duduk bersantai terbang entah ke mana. Saya hanya sempat pasang bidai keliling pondok gazebo dan basuh lantai sekali sekala. Selebihnya hanya menjadi tempat tidur dan lepak kucing-kucing liar yang datang bertandang. (Mudah-mudahan ada pahalaku di situ).
![]() |
Sejurus siap pemasangan pada 3 tahun lepas. Semuanya nampak berkilat. |
Kini setelah saya mula berjinak-jinak semula dengan keindahan di halamana rindu laman sendiri, maka saya mula memberi perhatian kepada pondok gazebo yang seakan terbiar ini.
Saya kemaskan bidai, sapu sawang, lap tiang/dinding dan basuh lantai tempat duduk.
![]() |
Nafas baru. Jiran belakang rumah pun dah siap renovate rumah mereka. |
Saya tebang dua pokok besar belakang gazebo itu supaya keadaan lebih terang. Saya letak beberapa hiasan yang perlu dan sediakan tikar untuk duduk-duduk santai bila cuaca teduh petang-petang.
Dan sempena Aidil Adha tahun 1445H ini anak no-4 pasangkan lampu lip-lap lip-lap di sekeliling pondok gazebo ini. Maka berbunga-bungalah hati makcik bergambar dengan keluarga di malam raya. Walau muka sembab dan berminyak dek kalut menyiapkan juadah raya tidak menjadi halangan makcik mengabdikan kenangan.
![]() |
Kita rasmikan lampu liplap liplap dimalam Aidil Adha. |
![]() |
Smol famili... missing anak sulong (sekeluarga) dan anak bongsu. |
Alhamdulillah, keadaan tenang-tenang sahaja dimalam raya. Semoga Allah kurniakan ketenangan ini hingga akhir hayat. Amiin.🌹
Cerita sebelum ini boleh baca di sini.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment