Thursday, 6 June 2024

Early Dinner Date @Datum Jelatek

Rasa macam dah lama tak berjogging. Sejak lepas raya posa dan dah nak masuk raya haji, hanya beberapa kali sahaja kami sempat curi masa untuk berjogging. Entah apa yang disibukkan saya pun tak pasti. Bila dah lama sangat jarak masanya mulalah badan pun ‘berkeriuk’ sana sini. Lagi haru, baru beberapa steps dah mula semput. Itulah juga sebabnya saya buat blood test baru-baru ni.


Ikan-ikan dalam tasik yang jinak.

Bila sebelah pagi dah keluar berjogging, sebelah petang kita jalan-jalan pusing mall pulak. Beberapa kali hubby dok sebut nak makan di Richiamo Coffee, so kali ini kita singgah di Datuk Jelatek. Hubby order set nasi putih dengan asam pedas ikan tenggiri dan saya ambik set nasi putih daging salai masak lemak. Macam pelik pulak order menu kampung kat kedai kopi. Tapi takpe, kita teruskan makan dengan penuh berselera walau banyak yang perlu ditambah baik.


Nasi putih daging salai masak lemak cili api.

Depan makanan pun muka serius.😌

“Seimbang la kan… pagi jogging, petang boleh makan tanpa rasa bersalah…” Begitulah. Mudah-mudahan kekal sihat hingga ke akhirnya. Amiin.

Sekian cerita kita lebih dua minggu lepas. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...