Monday, 27 May 2024

Merumput di halaman rindu

Sekian lama saya tidak hiraukan rumput rampai di halaman rindu ini, tiba- tiba hari ini terasa hendak melepaskan rindu semula. Maka saya keluarkan mesin rumput yang dah lama berkarat. Asalnya dah masuk dalam waiting list untuk dilupuskan. Sekian lama bertapa dalam longgokan barang-barang terpakai, saya ambil semula, bersihkan dan spray dengan WD40 di tempat-tempat yang patut. Alhamdulillah ia dapat kembali berfungsi dengan sempurna.

Mesin rumput manual.

Kita spray sahaja.

Untuk rumput yang panjang dan degil, saya korek keluar dengan akarnya sekali. 

Bekas-bekas (lubang) selepas di korek akar rumput.

Setambun rumput dengan akarnya untuk dinyahkan.

Saya cabut rumput dan korek akarnya section by section. Tak daya makcik nak buat sekaligus. Takut bengkak pulak pinggang tua ini. 

Hampir selesai.

Kawasan laman saya ini penuh dengan pusara kucing. Jadi mana-mana tempat yang ada pusara kucing di bawahnya maka rumput di situ menjadi sangat subur dan menghijau. 

Antara kawasan (pusara kucing) yang subur dengan rumput.

Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk saya terus berkasih sayang dengan keindahan alam yang satu ini. Amiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...