Sunday, 12 January 2020

Hood Dapur

Dah lama hood dapur ni tak sedut asap. Saya pun dah lupa bila sebenarnya ianya berhenti berfungsi. Mungkin setahun, dua tahun, mungkin lebih lama atau kurang dari itu. Bak kata orang, nak buang sayang nak guna memang tak berguna, maka kita simpan buat hiasan. Saya hanya cuci dan pastikan ia sentiasa bersih dan tidak berminyak. 

Hood lama yang nampak masih baru.

Inspired by seorang sahabat, saya buat sudut dapur extra di belakang rumah khas untuk goreng-menggoreng dan masakan heavy duty. Kawasan belakang dapur ni memang agak luas. Saya dah tambah atap/awning dan buat lantai mozek sejak dari mula pindah masuk. Saya gantung bidai sekeliling kawasan sebab malas nak fully dressed bila keluar belakang rumah. Asalnya saya buat ruangan stor untuk simpan besen dan periuk besar juga sebagai tempat laundry dan jemur kain. Masa kerja dulu saya biasa basuh dan jemur kain memalam. Tak perlu risau nak kena angkat kain bila hujan sebab kawasan berbumbung. Lepas jemur boleh biarkan sahaja pakaian tu overnight sampai esok, lusa atau bila-bila rajin baru saya angkat dan lipat. 

Sudut belakang dapur.

Sejak Nina dah habis SPM, rajin pulak dia mencuba berbagai resepi. Oleh kerana saya tak suka bau masakan tekurung dalam rumah maka terpaksalah saya pastikan hood dapur tu berfungsi semula. Asalnya nak cari orang repair tapi bila dicongak-congak macam lebih kurang sama dengan kos beli yang baru, maka saya decide untuk tukar yang baru sahaja.

Asalnya saya guna hood jemana Haier yang dibeli sejak tahun 2011. Lupa berapa harganya. Masa depa buka tu nampak sangat kukuh dan berat. Nampak mudah saja nak cabut. Depa buka skrew, lepas tu angkat sikit dan cabut keluar dari tempatnya.


Tinggal serombong asap.

Hood lama yang sangat berjasa.

Sejak akhir-akhir ini saya suka BMF tapi susah nak cari kedainya. Saya survey sekitar Setiawangsa sahaja dan terjumpa kedai yang sesuai dengan harga mampu milik brand Midea. Tapi bukan BMF. Menurut kata pakcik penjual tu, harga hood sekarang dah makin murah sebab banyak persaingan. Dia offer RM850 walaupun harga yang dipamerkan RM950. Tambah RM100 untuk kos penghantaran dan pemasangan dan lagi RM50 untuk kos cabut dan buang hood lama. Jumlah kos RM1000. Pandai pakcik tu genapkan. Sebelum tu beriya turunkan harga, lepas tambah itu ini, akhirnya balik harga asal juga. Makcik redha aje sebab dah malas nak fikir banyak-banyak. Bak kata bujangku, "Ayah dah bagi kad, swipe jelah Umi. Bukannya harga ribu riban pun..." Untung hubby, bininya ini sangatlah pandai berjimat cermat. 

Dan seperti yang dijanjikan, depa datang pasang tepat pada masanya dan siap dalam masa tidak sampai dua jam. Pemasangan hood yang baru tidak susah sebab depa hanya guna semula serombong asap sedia ada. Depa buat sedikit penyambungan sebab hood yang baru ni agak rendah. Lepas tu depa tebuk lubang baru untuk letak pencangkuk hood. Adjust apa yang patut. Siap.

Siap. Alhamdulillah.

PS: Mudah-mudahan makin rajin memasak. Apa-apa pun, hal goreng menggoreng tetap kena buat di luar rumah.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...