Monday, 27 January 2020

Hari-hari hari bahagia.

Saya jarang sambut birthday. Buat celebration jauh sekali. Almaklumlah kita orang kampung tak pernah terfikir pasal umur. Lagi pulak dah menghampiri usia emas ni saya cuma nak duduk tenang-tenang sahaja memikirkan ajal yang akan datang bila-bila masa sahaja. Asalkan ada kudrat dan badan sihat sudah cukup untuk melalui hari-hari mendatang. Tapi apabila inbox saya penuh dengan ucapan  dan gambar-gambar kek dan bunga dari sahabat handai dan rakan taulan hati pun turut teruja dengan semua ingatan dan doa. Terasa diri ini sangat disayangi. 

Antara kek kegemaran saya.


Kebetulan pada tarikh birthday saya, hubby pi out-station, maka kita penuhkan masa dengan aktiviti bersama anak-anak bujang sahaja. Pepagi lagi saya ajak depa pi Ikea Damansara cari barang rumah sambil cuci mata. Kami target untuk breakfast+lunch sekali. Bertolak selepas orang dah pergi kerja sebab nak elak jalan jam. Sampai sahaja terus pi beratur untuk beli makanan kat kafe. 

Konon on diet, kita ambik salad sahaja.

Mek-mek yang suka posing.

Makcik, the birthday girl.

"Bestnya... Birthday Umi, tapi Umi yang belanja..." apa-apalah labu. Bukan duit Umi pun. Umi  bayar pakai kad ayah hangpa jugak.

Dengan juadah memasing.

Kami tak shopping sakan pun. Beli apa yang perlu sahaja. Tapi bila balik rumah excited pulak nak shopping kat Shoppee. Saja buang masa brows through katalog dia. Ada pulak anak dara dok promote kat sebelah, memang menjadilah. Tetiba terasa nak beli mini chopper padahal selama ni elok je pakai lesung batu. Bujangku siap bukakan akaun Shoppee. Hurmm... suka hati depa je. Alhamdulillah saya bukannya kaki shopping, tapi terjebak jugak la beli mini chopper tu. Depa siap cari review dan buat order. Saya bagi duit sahaja. Yang lain semua depa setelkan. Selepas dua hari barang selamat sampai depan rumah. Ala-ala present untuk diri sendiri.

Kemain makcik shopping online.

Nampak dalam gambar macam besar

Saya memang nak yang bersaiz kecil. Konon senang nak chop buah tomato buat sambal. Kalau pakai lesung batu asyik terpercik sahaja. Sehingga hari ini belum dicuba lagi. Masih simpan buat hiasan.

Setinggi batang pen je pun.

Seperti biasa setiap kali ada special occasion, hubby akan bawa family keluar makan. Sebaik sahaja balik dari out-station terus sahaja ajak keluar dinner walaupun tak cukup ahli. Spesel untuk isteri terchenta katanya.

"Nanti Dayah balik, kita keluar lagi..."

Royal Hadramawt Ampang. Missing Dayah.

Weekend selepas itu baru Dayah dapat cuti untuk balik rumah. Beriya pulak depa buat surprise beli present untuk Umi terchenta.

"Penat Ein dengar Umi asyik komen henfon pecah..." sebab itulah depa berpakat adik-beradik belikan henfon baru yang up sikit. Biasa la mak-mak memang suka mengomen.

Handphone saya memang dah retak seribu. Tapi asalkan boleh baca mesej dan contact, rasanya takde keperluan nak ganti hp baru. Saya bukannya ada business juta-juta nak perlu guna henfon 24/7. Tapi dah orang nak bagi kita terima saja dengan tangan terbuka dan sengih hingga ke telinga...

Padahal makcik bukan reti pun nak pakai henfon canggih.

First photo, haruslah of them all...

Alhamdulillah that weekend penuh rumah, maka sekali lagi hubby angkut semua orang keluar dinner. Kali ini kali pusing-pusing kat Publika sambil ambik angin malam.

The girls.

Full house 
Full house jugak.

PS: Pada usia mencecah 53 tahun, saya hanya inginkan pengakhiran yang baik. Moga Allah bantu....

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...