Bila siap tembok, baru depa mulakan kerja-kerja bumbung pulak. Depa minta 3 hari untuk siapkan kerja.
(Cerita pasang tembok boleh baca di sini.)
Hari pertama (Isnin) depa datang untuk buka dan turunkan bumbung lama. Bumbung yang lama tu saya pasang masa awal-awal pindah rumah dulu. Dah lebih 10 tahun usianya dan dah mula bocor di sana sini.
![]() |
Clearkan barang dulu. |
![]() |
Laju jugak depa bukak bumbung ni. |
![]() |
Clear. |
Esoknya (Selasa) depa mulakan kerja pemasangan besi untuk letak atap pulak. Harini cuaca agak mendung dan teduh untuk mereka buat kerja. Alhamdulillah kerja-kerja pemasangan besi jugak siap dalam masa sehari walaupun tergendela sebentar bila hujan ditengah hari.
Hari ketiga (Rabu) depa mula kerja selepas pukul 2:00 petang kerana menunggu lori hantar atap ACP dulu. Saya pilih warna coklat untuk bahagian luar atap. Bahagian dalam semua warna putih.
![]() |
Bendanya sikit je tapi sebab bulky terpaksa pakai lori panjang. |
![]() |
Palang besi bumbung sedia untuk dipasang atap ACP. |
![]() |
Atap ACP, depa dah siap potong dari kilang mengikut saiz bumbung yang ada. |
![]() |
Atap is done. |
Selepas selesai kerja-kerja pemasangan bumbung depa tolong angkat semula barang-barang yang depa clearkan sebelum ini. Tapi saya biarkan ampaian baju di porch depan dan tepi untuk sementara waktu. Macam best pulak jemur baju kat tempat baru. 😁
Next... nak tunggu depa pasang wire mesh pulak. Moga Allah mudahkan segalanya.🌹
No comments:
Post a Comment