Saturday, 17 September 2022

Kenduri @ IDCC, Shah Alam

“Ummi ni… asyik gi Shah Alam je…” komen anakanda bila saya buat planning untuk cuti hujung minggu. Apa tidaknya, setiap bulan, ada sahaja aktiviti saya di Shah Alam.

Pada 20hb Ogos 2022 haritu saya ke sana lagi menghadiri kenduri kawen anak sahabat baik semasa zaman belajar dulu. Saya memang suka pergi kenduri kalau diizinkan Allah. Seronok dapat berjumpa teman-teman yang lama tidak bersua. Ala-ala pertemuan semula gitu.

Kami keluar awal bagi mengelakkan jalan jam dan hujan lebat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini. Kami menjadi antara tetamu yang awal tiba. Alhamdulillah.

Awan mendung mengiringi perjalanan pagi kami.

Depa buat majlis di Dewan Hibiscus, IDCC Mall. Asal dewan IDCC ni sangat besar. Rasanya pihak mall tu pecahkan/bahagikan kepada beberapa dewan kecil. Ini agakan saya sahaja. Masa hari kejadian tu rasanya ada 4 majlis berjalan serentak sebelah menyebelah dewan yang dibahagikan. So tetamu kena pastikan pergi ke majlis yang betul… takut-takut tersilap masuk pintu ke majlis orang lain pulak.

Hubby dengan ayah pengantin, kenalan masa belajar dahulu.

Dengan mak pengantin, sahabat kaki borak masa belajar dahulu.

Walau lama tidak bersua muka, aura persahabatan sentiasa ada.

Saya duduk semeja dengan sahabat baik yang datang all the way dari Johor. Sempatlah update kehidupan masing-masing dalam hela masa yang ada. Tak sempat nak bergambar banyak-banyak sebab asyik bersembang. 

Kak Ain… sahabat dalam susah dan senang.

By pukul 12.30 tengahari kami dah gerak balik bagi memberi peluang hubby menguruskan hal lain di sebelah petangnya. 

Apa-apa pun kita rebut sahaja peluang yang datang dalam kekangan masa yang ada. Moga persahabatan kekal selamanya.🌹

Sungguh bagai dijangka... otw balik hujan turun dengan lebatnya. 

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...