Thursday, 22 September 2022

Kenangan pokok pisang.

Pokok pisang kat rumah ni memang rajin berbuah. Setiap masa ada sahaja yang mengeluarkan jantung, berputik dan membesar dengan jayanya. Dan setiap kali juga terpaksa berperang dengan para monyet yang sentiasa berkeliaran mencari makanan.

Selama ini saya tak pernah perasan berapa lama masa yang diambil oleh jantung pisang untuk membesar menjadi buah yang cantik. Biasanya  saya biarkan sahaja mereka masak sendiri hingga tiba-tiba sahaja semua buah lesap menjadi  rezeki cikmon. Namun kali ini sengaja saya luangkan masa mengikuti perkembangan dari mula keluar jantung sehingga buahnya mula mengkal dan masak. Rupa-rupanya prosesnya  mengambil masa lebih kurang 4 bulan.

Kulit jantung mula tanggal dan mengeluarkan sikat buah yang cantik.

Beberapa kali hubby suruh saya bungkus tandan pisang tu tapi asyik tertangguh. Malas sebenarnya. Akhirnya bagai dijangka, tiba-tiba sahaja pisang tu dah kena usik dek cikmon sekelian. Habis depa angkut segala yang elok, tinggal sedikit baki untuk tuan tanah.

Tiba-tiba dah kena ragut dek cikmon.

Saya tebang dan kutip sahaja apa yang tinggal. Separuh saya peram biar masak, separuh lagi saya masak pelbagai menu.



Kerepek.

Goreng pisang cheese.

Goreng pisang biasa.

Cekodok.

Penjamu selera nan setia.❤

Itu semua cerita lama. Sekarang semua pokok pisang tu saya tebang dan cabut semua anak-anak pokok agar tidak tumbuh lagi. Dah malas dah nak berperang dengan monyet-monyet yang rajin bertandang hingga mengganggu keamanan jiran-jiran setaman.

“Nak makan pisang, beli je Mas… Pokok pisang ni memang jadi umpan monyet. Dari jauh depa dah bau… sebab tu asyik datang je.” Begitulah nasihat yang diberi. Maka kita akur demi kemaslahatan sejagat. Moga Allah bantu selamanya.🌹

Sekian cerita pokok pisang saya.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...