Wednesday, 7 September 2022

DIY dulang hantaran bertunang anak bujangku

“Ummi… orang tu ajak nikah…” setelah beberapa kali cubaan saya menyuruh anak bujang menamatkan zaman bujangnya, akhirnya bakal termakbul juga. Walaupun saya tidak pernah memaksa atas sebarang keputusan yang dibuat tapi itulah keputusan yang saya harapkan.

Kami pergi merisik bakal tunangannya pada petang hari raya Aidil Adha hari tu. Setelah persetujuan tercapai akhirnya kami pergi meminang sempena cuti hari kemerdekaan baru-baru ini. 

Sebelum pergi meminang tu saya dok berkira-kira apa hantaran yang bakal dibawa. Kalau masa abangnya dulu saya sediakan lima dulang hantaran so kali ini pun saya decide untuk buat lima juga walaupun anak bujang tu nak tiga sahaja. 

Masa majlis nikah kakak sulungnya tujuh tahun lepas saya dah beli sebanyak 7 dulang. Lepas tu recycle masa majlis kakak keduanya. Seterusnya sambung ke majlis abangnya pulak. Selepas tujuh tahun saya buang semua dulang yang ada sebab dah rosak dan patah. Jadi untuk majlis anak bujang ni saya decide untuk beli dulang baru... supaya nanti boleh recycle untuk adik bongsunya pulak. Saya pergi survey kat kedai berdekatan rumah sahaja.

Contoh dulang beserta kain lapik.

Contoh kotak hantaran.

Balik rumah saya selongkar stor dan keluarkan barang-barang yang masih boleh digunakan.

Stok bakul dan kotak dari dalam stor.

Sebelum ini saya upah orang kedai bunga untuk hias dan gubah dulang hantaran. Saya hantar dulang beserta barang-barang, ceritakan konsep dan tema, lepas tu pilih bunga untuk depa gubah. Depa ambik upah RM25 untuk setiap dulang tambah kos bunga, riben, dan lain-lain barang/bahan yang digunakan. Kalu guna bunga mahal, dan kotak hiasan makin bertambahlah kosnya. Masa kakak sulung dulu depa caj RM450 termasuk harga dulang, untuk tujuh dulang. Untuk kakak kedua, saya guna dulang yang sama. Depa cuma tukar bunga dan buat gubahan baru dengan harga lebih kurang RM200. Masa abangnya haritu, depa caj RM200++ juga tapi untuk lima dulang. Inflasi gamaknya. 

Sekarang disebabkan semua dulang dah selamat masuk tong sampah saya bercadang untuk beli dulang baru. Tapi bila survey kat kedai bunga, depa ada servis sewa dulang hantaran juga. Depa caj RM35 satu dulang siap hias. Boleh hantar barang dua minggu sebelum majlis dan pick-up sehari atau dua hari sebelum majlis. Lepas dah siap majlis baru pulangkan dulang beserta semua bunga dan gubahan semula. Menarik jugak bunyinya. So pada hari yang dijanjikan saya mesej orang kedai tu untuk hantar barang.

“Puan hantar minggu depan boleh?  Sebab stor kita banyak barang customer tak ambik lagi…”  Aduhai… kalau minggu depan baru nak hantar macam dah suntuk sangat. Saya pulak jenis tak suka buat kerja last minute. Akhirnya saya decide untuk DIY sahaja untuk dapatkan personal touch. Saya beli semua bahan dan peralatan yang diperlukan di kedai bunga Taman Permata.

“You cuba dulu… kalau tak jadi nanti you hantar sini… I buatkan… sekejap saja.” Ramah betul Aunty tu melayan kerenah saya, siap ajarkan macamana nak ikat riben. 

Kita lambak dulu sambil berfikir.

Peralatan ni memang dah ada dalam stor... kita korek sahaja.

Susun polistrin untuk dibalut dengan kertas. Sebenarnya tak test samada glue gun itu masih berfungsi atau tidak.


Kaki dulang kayu yang perlu dicantum/pasang.

First thing first kita cuba DIY dulang cincin dulu sebab ianya adalah heart of the hantaran. Saya letak polistrin empat segi sebagai dasar dulang dan polistrin bulat untuk letak kotak cincin.

Dulang cincin in the making.

Test susunan bunga pulak.

Dulang cincin... siap.

Ready kotak untuk letak hadiah-hadiah lain pulak.

Gubahan bunga untuk letak atas kotak.

Coklat ni tak muat nak masuk kotak... so kita ikat riben sahaja.

Hadiah coklat... siap.

Hadiah untuk bakal besan... kain batik & kain pelikat.

Hadiah telekung untuk bakal menantu.



Dulang untuk letak kek pertunangan... siap. Tunggu kek sahaja.

Semua dulang hantaran telah tersedia seminggu sebelum majlis pertunangan. 

Kek Engagement Day. Alhamdulillah.

Pada pagi hari kejadian anak bujang pi pick-up kek untuk hantaran sebelum bergerak ke majlis. Alhamdulillah majlis meminang berjalan lancar dan secara rasmi kami akan menerima menantu baru. Moga Allah mudahkan segalanya. 🌹

No comments:

Jogging @KLCC

Setelah dua minggu bercuti tanpa jogging dan briskwalking, hari Ahad baru-baru ini kami meneruskan semula aktiviti maintain sihat cara orang...