Tuesday, 6 September 2022

Sarapan & me-time, Hotel Perdana KB

Hari tu temankan hubby ada program kat Kelantan, as in teman perjalanan being isteri cerdik dan solehah. Other than that saya lepak kat hotel dan buat program sendiri. Kali ini kita tumpukan kepada aktiviti makan-makan pulak.

Day 1: Jun 17th.

Awalnya hubby temankan turun ke cafe hotel takut-takut bininya cuak nak turun sorang-sorang. By pukul 8:30 pagi hubby dah kena gerak ke program yang akan bermula pada pukul 9:00 pagi. Setelah hubby pergi dengan driver ke tempat program, saya pun sambung lepak me-time hingga habis waktu sarapan.

Lontong/lodeh.

Tambah sikit lagi sebab sedap.

Fruits salad

Ikan celup tepung... kita ratah sahaja.

Ayam bakar... pun kita ratah sahaja.

Day 2: Jun 18th

Hari ni hubby keluar breakfast dengan kawan-kawan sekolah lamanya. Depa buat reunion (breakfast) di restoran Nasi Dagang Raya. Maka sekali lagi kita me-time lepak sarapan sampai habis waktu. Kali ini kita tukar menu lain pulak.😊

Bubur nasi… best ever.

Baked bean & baked potato.

Nasi dagang… tak berapa kena dengan tekak.

Salad dan buah.

Kuetiew sup… yummy.

Alhamdulillah, done me-time sementara tunggu hubby habes program. Jangan terpedaya.. nampak je saya makan banyak tapi semuanya small portion tanpa pembaziran…. ala-ala food testing gitu, sambil excited ambik gambar syok sendiri.😁

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...