Sunday, 28 August 2022

Semai pokok Pothos Ivy / Devil's plant Ivy

Dah lama saya perati pokok ni. Nak semai semula tapi asyik tertangguh. So hari ini kita kuatkan semangat sebab kesian sangat tengok rupa bentuknya... hidup segan mati tak mahu.

Katanya pokok ni payah mati walau apapun keadaan... sebab tu depa panggil devil's plant.

Terjuntai-juntai tinggal batang dan pucuk di hujung.

Akar pun dah banyak keluar.

Tanah organik dan pot keluarkan dari dalam stor

Letak tanah dan ratakan.

Potong batang pada setiap urat berakar.

Cucuk dalam tanah dan siram supaya tanah jadi mampat.

Siap... boleh letak kat tempat teduh dulu.

Lebihan batang berakar boleh susun dalam balang letak batu dan tambah air.

Siap... boleh letak atas meja dalam rumah.

Kita tunggu hasilnya... mudah-mudahan terus segar. 🥰

No comments:

Happy 59th Birthday, Nenek

Pada 6hb Januari tahun ini, umur nenek dah 59 tahun. Tapi kalau mengikut kiraan bulan Islam dah masuk warga emas sebab every 36 tahun masihi...