Friday, 26 August 2022

Kuantan... jalan jalan cari pantai.

Hujung bulan Mac haritu hubby ada program Shariah Commitee di Kuantan. Kami drive ke sana dan menginap di hotel Zenith, Kuantan. Kebetulan hotel tu bersebelahan dengan East Coast Shopping Mall, jalan 5 minit dah sampai. So bila hubby sibuk berprogram kita lepak-lepak cari kawan yang tinggal berdekatan. Hari pertama dengan Shida, sahabat sepermainan masa study dulu-dulu dan hari kedua dengan Nonie, friend of a friend kawan sekolah hubby dulu. Bila hubby habis program sesi petang barulah kita bercanda di tepian pantai sambil jalan-jalan cari makan.😊

Hari pertama kami pi cari pantai berdekatan dengan bandar Kuantan. Malas nak pi jauh-jauh. Berpandukan google map entah ke mana-mana dia bawak keliling bandar. Akhirnya kami singgah je pantai yang nampak menarik. Tak pasti pulak apa nama pantai tu. Tak kisahlah mana-mana pantai asalkan dapat  menikmati pemandangan yang cantik.

Pemandangan yang cantik walau pantai berbatu.

Lepas lepak-lepak kat situ kami pergi dinner di Restoran Ana Ikan Bakar, Tanjung Lumpur. Asalnya nak cari ikan bakar petai tapi macam tak menepati selera pulak, so kita berpada dengan apa yang ada sahaja. Yang penting ikan bakarnya segar dari laut.

Ikan jenahak bakar petai.

Ikannya agak hangit dan petai rasa pahit.

Sesi meratah ikan.

Hari kedua kita jalan-jalan di Pantai Sepat pulak. Oleh kerana program hubby habis agak lewat maka lawatan ke pantai hanya seketika sahaja. Perjalanan dari hotel ambik masa lebih 30 minit, tambah sedikit jalan jam orang balik kerja. Kami tiba di sana sebelum maghrib so sempat la tengok lembayung senja.

Pantai Sepat ni kawasan kampung nelayan. Keluar sahaja dari kereta terus disambut dengan aroma hidupan laut.






Hubby pernah buat program Etiqa di sini beberapa tahun yang lepas. Kiranya kami jalan-jalan sambil mengimbau kenangan. Oleh kerana hari dah hampir senja kami tidak berlama-lama. Lepas posing sana-sini kami terus balik ke hotel semula.

Oleh kerana dah agak lewat, kami balik dinner di hotel sahaja. Hubby punya portion memang dah included dalam kos program. Untuk saya, kami bayar sendiri ikut harga buffet dinner. Depa caj RM80 untuk seorang.

“Apa salahnya sekali sekala belanja bini… bukannya mahai mana pun…” Gitulah…😘

Dua hari lepas balik ke KL hubby disahkan positif Covid. Maka berkurunglah kami laki-bini dalam rumah selama seminggu. Walau disahkan positif Covid hubby tiada sympton yang serius namun terpaksa kuarentin dalam bilik. Saya pulak selepas tiga kali test asyik negatif sahaja. Namun symptomnya amat menyakitkan… dengan demam, batuk, sakit tekat, sakit segala sendi tapi terpaksa masak dan melayan orang yang kena kuarentin. Alhamdulillah despite apa yang terjadi… Allah membalas dengan segala kebaikan. Moga Allah bantu selamanya. 🌹🌹🌹

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...