Friday, 23 September 2022

Royal Floria Putrajaya 2022

Sejak depa buka Royal Floria Putrajaya tahun ni berkali-kali saya dok tengok kalendar untuk mencari masa yang sesuai untuk berkunjung ke sana. Depa buka dari 28th Ogos hingga 4hb September 2022 dan boleh beli tiket masuk secara online. Namun hingga nak habis masa, saya masih tak nampak jalan untuk ke sana. Tapi bila depa extend hingga 11hb September, free pulak tu haruslah saya berusaha lebih keras untuk mencari masa. Bila tiba-tiba hubby ajak jogging kat Putrajaya sambil tengok bunga bukan main berbunga hati bininya ini. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, kita setuju laju-laju. So ngam-ngam pada hari terakhir kami berkunjung ke sana dengan hati gumbira.😁

Ahad 11hb September 2022

Kami keluar rumah pada pukul 8:00 pagi, singgah beli sedikit makanan kat Petronas on the way kemudian singgah pick-up cucu kat Conezion sebelum gerak terus ke Anjung Floria Precint 4. Parking ajak jauh tapi kami gagahi sambil bawa cucu jalan-jalan.

Kalau dah nak gi Floria haruslah sebab nak tengok bunga… so kita simpan semua kenangan bunga di sini sahaja.


Kemain sengeh dapat gi Floria.







Laman kaktus.










Berangan dengan meja taman.

Replika rumah Terengganu katanya.

Pantai pasir buatan dengan gambar background tepi laut.

Ex-student al-Amin di mana-mana.

Replika kuda di laman kektus.


Tok Ayah siap dengan jogging attire... last-last layan cucu je.

By pukul 11:30 pagi orang dah mula ramai dan kami pun beransur pulang. Singgah makan kat Restoran Padi, Conezion sebelum balik rumah… home sweet home.

Sekian cerita makcik dan bunga.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...