Tuesday, 27 September 2022

Cuti hari malaysia & long weekend.

“Mas buat apa cuti panjang ni? Tak gi mana-mana ke.?” Hmm… saya mana la ada cuti.😀

Hari Malaysia tahun ini jatuh pada hari Jumaat, plus Sabtu dan Ahad, maka jadilah long weekend untuk mereka yang bekerja. Saya yang ‘tidak bekerja’ ni macam biasa sahaja… mana ada cuti. Hari-hari setelkan keluarga dan rumahtangga. Orang cuti ke tak cuti ke rutin saya sama sahaja. Kitakan pemboleh ubah, so bergantung kepada pemalar nak rancang cuti depa. Apa-apa perancangan kita turutkan sahaja dan biasanya saya akan bersedia lebih awal dengan plan tindakan A, B, C….. sampai Z. Power gitu.😃😆

Hari Khamis, lepas hubby keluar pergi kerja, awal pagi lagi saya dah setelkan kerja-kerja mengemas belakang rumah bila semua kerja-kerja upgrade belakang dapur dah selesai. Tukang rumah dah kemas semua barang-barang kasar. Saya hanya selesaikan hal-hal kecik dan remeh, buang sampah dan basuh lantai porch dan pondok. Usai kerja-kerja cleaning saya ke Putrajaya for lunchdate dengan anak-cucu. Depa beli nasi daging air asam. Lepas dah kenyang nenek lepak main ngan cucu-cucu sementara menunggu Cikda habis kerja. Lepas maghrib baru gerak balik Ampang. Angkut sekali Cikda buat teman berborak dalam kereta. Kebetulan suaminya ada urusan di Kelantan so kita kidnap bininya bawa balik rumah Ummi.

Jumaat 16hb September 2022, Hari Malaysia.

Awal pagi lagi hubby dah keluar untuk Program KUPTM sempena Hari Malaysia. Kebetulan Cikda nak study for exam, so kita teman dia lepak study kat Starbuck sebelah rumah.

Caramel frap for Ummi.😍

Sebelah petang semua orang balik for family dinner. Kami keluar makan ala Thai kat Homst, Wangsa Maju.

One with baby Ahmad Naayl.🥰

Full house... missing sorang menantu.

Sabtu 17hb September 2022.

Pagi, keluar sarapan kat Coffee Bean, KL East sambil pusing-pusing cuci mata, window shopping. Petang ke Putrajaya lagi. Minum petang makan satay kat Satay Station Ayer 8. Lepas maghrib kami pergi pick-up menantu kat Putrajaya Central. Dia balik naik flight dari KB, landed kat KLIA, then ambik KLIA transit ke  Putrajaya Central. Lepas tu dinner, makan nasi kerabu kambing bakar yang menantu bawak balik all the way from Kota Bharu, Kelantan. By pukul 9:30 malam baru kami gerak balik Ampang semula.

Satay station kat Ayer 8, Putrajaya.

Nasi kerabu kambing bakar ori.

Ahad 18hb September 2022

Seperti biasa, hujung minggu begini haruslah ada jemputan kenduri… aktiviti yang sentiasa dinanti-nanti.😀 Lepas kenduri bolehlah teruskan rutin harian seperti biasa.

(Cerita kenduri boleh baca di sini).

Sekian cerita long weekend makcik yang penuh dengan aktiviti makan-makan.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...