Wednesday, 7 September 2022

Weekend breakaway: Zenith Putrajaya.

“Kenapa Ummi ni asyik tido hotel je….” Gitulah bila menumpang rezeki. Kebetulan akhir-akhir ini banyak pulak hubby out-station maka sebagai isteri mithali haruslah kita menuruti ke mana sahaja suami pergi. Dan seperti biasa saya akan keluar rumah lepas 'Asar, pick-up hubby kat tempat kerja dan terus ke tempat program. Supir menyupir begini sudah biasa. ๐Ÿ˜Š

Kali ini tempat kerja hubby buat program tahunan untuk staf yang tertunda sejak PKP hari tu. Depa buat Staff Dinner di Hotel Zenith, Putrajaya bermula pukul 8:00 hingga 11:00 malam. Dah namanya pun staff dinner, of course lah untuk staff sahaja… maka kita yang cuma mengekor ni pepandailah membawak diri.

Apa-apa pun kita check-in dulu. Lama pulak prosesnya. Disebabkan kami first time check-in kat sini, depa offer pakej premium. Tapi nak kena download apps dulu, pastu isi borang. Lepas tu nak kena tunggu depa hantar mesej approval pulak. Ini semua kerja orang muda... kami yang senior ni manalah nak up-to-date dengan teknologi terkini. Saya pulak lebih suka guna kertas dan pen.๐Ÿ˜ Disebabkan hubby dah kepenatan dari tempat kerja sejak pagi maka kami pilih check-in biasa sahaja. Pepandailah receptionist tu buat apa yang patut.

Reception area.

Lif ke bilik hotel.

Kami dapat bilik di tingkat 4 mengadap tasik Putrajaya. Harga termasuk free breakfast untuk 2 orang.

Open (see through) bilik air dari bilik tidur.


Kerusi malas.

Lepas maghrib hubby terus join program staff dinner dan saya order room service sahaja. Sementara tunggu hubby balik kita me-time sambil berendam dalam bath tub ala-ala bubble bath gitu. 

Fish and chips.

Menu room service.

Sejadah dan beg, cenderahati dan cabutan bertuah daripada program hubby.

Esoknya kami turun breakfast di cafe hotel sebelum keluar ambik angin di tepian tasik.

Ratatouille, salad & hashbrown.

Kekacang dengan cheese & salad lagi.

Mee sup.

Menarik nampak pokok hiasan ni.

Close-up sikit.

Pandangan dari bawah.

Background Zenith Hotel.

Seronok ni kalau dapat jogging.

Tetiba ada pokok limau terselit celah pokok-pokok hiasan.

Hiasan depan lif.

Parking ticket blur...๐Ÿคญ

By pukul 12:30 tengahari kami check-out dan balik rumah. Home sweet home. Sesungguhnya, ke manapun saya pergi home is where the heart is.❤

Sekian.๐Ÿ˜Š

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...