Semalam teman hubby buat kerja di Datum Jelatek. Oleh kerana opening hours depa bermula pukul 10 pagi, jadi kami enroute ke Bukit Antarabangsa untuk sarapan dulu. Kami singgah di Restoran Cravencafe. Saya order tosei garing dan teh tarik. Entah kenapa tetiba rasa nak buang tebiat selepas beberapa bulan tak order teh tarik.
![]() |
| Tosei garing yang yummy, teh tarik kurang manis.😋 |
Usai sarapan kami terus ke Datum Jelatek. Just nice lagi 3 minit orang bukak pintu. Seperti biasa kami duduk di Kenangan Coffee. Depa ada wifi percuma. So sementara hubby buat kerja bolehlah saya lepak-lepak bukak ipad, update Blog dan tengok Astro Go. Lepas tu pusing mall cuci mata sebagai satu terapi makcik pencen. Walaupun saya yang pegang kad bank tidaklah kita nak berbelanja sesuka hati. Bila dah diusia begini, cukuplah seadanya sahaja. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan umur yang bermanafaat. Aamiin.🌹
Sekian.😊

No comments:
Post a Comment