25hb April 2026
Kami menerima jemputan kenduri kahwin anak sahabat hubby pada hari Sabtu. Pada hari yang sama kami berhajat untuk menghantar anak ke-4 bercuti ke Melbourne so hubby dah pesan awal-awal untuk duduk setengah jam sahaja sebelum gerak ke KLIA.
Depa buat kenduri di Gabion Garden Hall, Setapak, KL. Kami keluar rumah lepas zohor sebab lepas tu nak terus gerak ke KLIA. Semasa kami tiba di tempat kenduri, hujan turun agak lebat so kami terpaksa mencari tempat parking paling dekat yang ada dengan pintu masuk dewan. Alhamdulillah rezeki menyebelahi kami. Selepas dua tiga kali pusing kawasan kami dapat parking kereta hampir dengan pintu masuk dewan.
![]() |
| Dengan bapa pengantin, berbaju Melayu warna peach. |
Namun bak kata orang-orang lama, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Plan nak duduk setengah jam menjadi lebih dari satu jam bila duduk semeja dengan geng satu kepala walau tanpa dirancang. Sambil-sambil itu kita panjangkan pertemuan dengan kenalan lain yang sudah lama tidak berjumpa.
![]() |
| Dengan ibu pengantin, berdiri paling kiri, bertudung warna peach. |
Tahniah kepada sahabat hubby atas pernikahan anak ke-3 mereka. Terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan dan menyediakan tempat yang cantik serta makanan yang sedap untuk tetamu. Semoga anakanda pengantin berbahagia hingga keakhirnya. Aamiin.🌹
Sekian.😊





No comments:
Post a Comment