Zaman remaja (sekolah menengah) saya banyak dihabiskan di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Di sanalah saya mengenali sahabat-sahabat yang baik hati. Bila dah habis sekolah Menengah, masing-masing bertebaran menyambung pengajian di Menara Gading. Habis belajar, masing-masing bekerja, berkeluarga dan menyambung kehidupan sendiri. Ramai yang lost contact sebab makcik ni jenis introvert dan suka hidup dalam kepompong sendiri. Bila dah ada media sosial, barulah dapat berhubung semula. Dan bila ada peluang untuk berjumpa-jumpaan, tetaplah terasa kehangatan persahabatan seperti di zaman remaja dahulu.
Kebetulan kami balik Kelantan baru-baru ini bolehlah masukkan agenda berjumpa-jumpaan dengan sahabat Gojezes Kb84 disamping melawat saudara-mara di kampung. Hari pertama, sahabat saya Lia mengajak makan tengahari di rumahnya bersama Jen yang datang berziarah all the way from Terengganu. Kebetulan hubby keluar untuk solat Jumaat bolehlah drop saya di rumah Lia yang terletak berhampiran kubur Maras. Hubby solat Jumaat di Masjid Telipot. Punyalah leka bersembang hingga terlupa nak bergambar di rumahnya. Usai makan Lia hantar saya balik ke hotel dan sama-sama mengopi di kafe hotel. Tak habis bersembang di rumah Lia kami sambung berborak di hotel pulak.
![]() |
| Dari kiri… Lia, makcik dan Jen. |
Esoknya kita buat special plan untuk melawat Ayie yang bakal ke Tanah Suci pulak. Kam menjemput saya di hotel dan kami terus gerak menuju rumah Ayie yang terletak di Kg Kutan, Jalan Pasir Mas.
![]() |
| Hubby play stalker dari tingkap bilik hotel. |
![]() |
| Dari kiri, Ayie dan Kam… persahabatan yang manis bak kuih-muih yang terhidang. |
By maghrib kami bergerak balik dari rumah Ayie dan melalui bulatan Pasir Pekan lagi sekali. Kali ini makin terserlah keindahan Masjid al-Ismaili semasa melalui sebelah bulatan. Hati terasa ingin singgah di Rumah Allah ini tapi tahu keadaan tidak mengizinkan. Mudah-mudahan ada kelapangan masa lagi selepas ini.
![]() |
| Masjid al- Ismail di Bulatan Pasir Pekan. |
Alhamdulillah dapat berjumpa dengan sahabat Gojezes KB84. Seperti biasa, tidak terasa pantasnya masa berlalu bila bersama dengan sahabat sehati sejiwa. Benarlah kata bijak pandai, bila kita biasa makan setalam dan tidur sebantal, suasana membesar bersama-sama selama 5 tahun tinggal di asrama banyak mengajar erti persahatan dalam kehidupan. Walau dah masuk umur pencen, setiap kali berjumpa tetap kembali ke umur remaja….tetaplah Sweet 17. Semoga dapat bersua lagi dengan izin Allah. Aamiin.🌹
Sekian.😊






No comments:
Post a Comment