Sejak pokok-pokok saya mula pupus dek terbiar ditinggalkan selama dua bulan, dua tahun lepas, baru sekarang berpeluang untuk mengembalikan seri di laman. Sedih memang la sedih bila pokok yang dijaga dan dibelai sekian lama mati terbiar kekeringan.
Selepas sebulan berpuasa tibalah Syawal. Diselang waktu dalam kesibukan Syawal saya curi masa untuk singgah di nursery pokok tepi MRR2. Walau dalam cuaca panas terik tengahari (rembang) tidak menghalang kecekalan dan semangat untuk menambah suasana tenang di rumahku syurgaku. Saya mulakan dengan pokok-pokok berdaun dahulu. Semoga dedaunan warna hijau ini memberi suasana tenang dan damai di halaman rindu ini.
![]() |
| @Nursery pokok tepi MRR2, Kg Pasir. |
![]() |
| Penuh bonet kereta. |
Setelah dibeli kita perap dulu sehari-dua dek sibuk beraya di sana-sini. Hinggalah tiba suatu hari yang diizinkan Allah untuk saya menunjukkan cara-cara bercucuk-tanam kepada cucu tercinta. Walaupun saya yakin tidaklah mereka perlu tahu itu semua dek perubahan masa, tetaplah saya teruskan niat sambil mengimbau indahnya rasa bermain tanah dengan nenek saya dahulu.🥹 [Semoga Allah cucuri rahmat kepada Arwah nenek saya. 🤲]
![]() |
| Cucu-cucu sebagai peneman di suatu pagi nan indah. |
Mudah-mudahan pokok-pokok ini subur menghijau memenuhi ruang hidup saya. Moga Allah mudahkan. Aamiin.🌹
Sekian.😊



No comments:
Post a Comment