Thursday, 16 April 2026

Ganti Bateri Jam Dinding dan Lap Kipas Dinding

Dah beberapa lama jam dinding di dapur saya mati. Bateri sudah dibeli, cuma menunggu masa untuk diganti. Biasanya bab panjat memanjat tangga adalah kerja hakiki dua orang anak bujang saya. Tapi sejak zaman bujang mereka sudah berlalu agak sukar untuk mencari masa yang sesuai.

Dan hari ini makcik gagahkan diri pikul dan panjat tangga. Alhamdulillah otai masih berbisa walau gayat tak boleh bincang. Yang penting jangan pandang ke bawah.

Done tukar bateri jam.

Dan seperti biasa dah alang-alang usung tangga kita lajak bukak dan cuci kipas dinding pulak. Kipas dinding ini pun dah long overdue untuk dicuci. Ayuhlah kita sambung panjat memanjat. Saya cuma buka bahagian hadapan kipas sahaja. Kemudian buang segala habuk dan basuh bilah kipas di sinki dapur. Biarkan kering sebentar sebelum panjat tangga sekali lagi untuk pemasangan semula.

Body kipas ni kita cuma lap kering.

Saya cuci semua di sinki dapur sahaja.

Siap.

Semoga Allah mudahkan urusan hingga keakhir hayat. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

No comments:

Ganti Bateri Jam Dinding dan Lap Kipas Dinding

Dah beberapa lama jam dinding di dapur saya mati. Bateri sudah dibeli, cuma menunggu masa untuk diganti. Biasanya bab panjat memanjat tangga...