Friday, 17 April 2026

Jogging & Cabut Rumput di Laman

Hari ini terasa segar. Pagi-pagi lagi hubby dah ajak keluar berjogging. Kami ke Taman Tasik Ampang Hilir. Seperti biasa saya hanya berlenggang-kangkung sekadar mengeluarkan peluh. Dapatlah satu pusingan tasik pergi dan balik.

Abaikan filter kamera yang melampau.

Usai jogging kami singgah beli nasi lemak telur mata sorang sebungkus beserta kuih-muih. Cukuplah buat makan pagi dua orang makcik-pakcik pencen. 

Usai makan saya turun menjenguk laman. Agak serabut mataku ini melihat kemucut yang mula memenuhi laman. Saya memang pantang kalau ada kemucut di laman. Kalau panggil orang potong rumput, depa hanya mesin di bahagian atas sahaja. Hari ini berbekalkan cangkul ketot, bangku plastik dan kesegaran badan selepas jogging ayuhlah kita menyangkul dan mencabut pokok-pokok kemucut dari pangkalnya. Kita mulakan dengan kawasan laman yang teduh dahulu. 

Bangku plastik dan cangkul ketot sebagai peneman.

Saya hanya target pokok kemucut... cangkul dan cabut dari akarnya. Mudah-mudahan selepas ini rumput cow-grass saya semakin segar tanpa gangguan dari kemucut yang datang tanpa diundang.🌹

Cukup satu plastik hitam dulu.

Kita biar dulu keadaan berlopak-lopak untuk sementara waktu.

Lepas ni bolehlah sambung mencabut di kawasan yang lain pulak. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga ke akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Jogging & Cabut Rumput di Laman

Hari ini terasa segar. Pagi-pagi lagi hubby dah ajak keluar berjogging. Kami ke Taman Tasik Ampang Hilir. Seperti biasa saya hanya berlengga...