Sejak tahun lepas saya dan hubby tertunggu-tunggu tawaran/panggilan mengerjakan haji namun hampa. Setiap kali buka Apps THjari... yang tertera hanyalah, "Tiada rekod tawaran Haji". So musim haji 1447H/2026M kami biarkan berlalu dengan pasrah. Dan tahun ini kami tetap tidak berputus asa. Walaupun belum mendapat tawaran (quota) haji, kami isi borang pakej haji di Tabung Haji Travel & Tours. Mudah-mudahan dengan usaha ini, Allah lorongkan rezeki untuk kami berdua menjadi tetamuNya ditahun hadapan.
Sebagai persediaan awal kami sentiasa menjaga kesihatan dan meningkatkan stamina diri. Kalau sebelum ini kami dapat berjogging saban minggu tapi dek jerebu yang melanda negara terpaksalah kami bekukan aktiviti outdoor buat sementara waktu. Sebagai ganti, kita berjalan kaki/ briskwalk dalam mall sahaja. Dan hari ini kami mencari alternatif baru dengan briskwalking dalam terowong KLCC pulak.
![]() |
| Sebelum mulakan perjalanan, kita pekena roti canai di Food Court KLCC dulu. |
Seperti biasa, kami letak kereta di aras P2, Suria KLCC kemudian sarapan di Food Court Aras 2, kami ke aras C dan berjalan menuju ke terowong KLCC dan berjalan hingga ke KL Convention Centre.
![]() |
| Lepak sekejap di luar KL Convention Centre. |
![]() |
| Posing satu, tepi dinding terowong. |
Seperti biasa, dah alang-alang di KLCC haruslah nak menjenguk kedai buku tersohor di sini. Kami selalu singgah di kedai buku Kinokuniya. Pelik pulak kedainya dah mengecil dan buku-buku genre kegemaran saya pun sudah tiada. So kita lepak teman hubby minum kopi di Atelier Cafe di tingkat atas kedai.
![]() |
| Ngopi dulu. |
![]() |
| Backgroud Tasik KLCC. |
![]() |
| One for the memory. |
Alhamdulillah, done briskwalk hari ini dengan hampir 5000 steps. Mudah-mudahan dapat ditambah lagi di masa akan datang dan terus kekal sihat hingga ke akhir usia. Aamiin.🌹
Sekian.😊








No comments:
Post a Comment