Wednesday, 10 June 2020

Pepohon di halaman rinduku.

Hari ini dah masuk hari ke 85 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan corona virus, Covid 19 dikuatkuasakan. Bermakna dah nak masuk tiga bulan tuan tanah dok berkurung kat rumah. PKP ni gomen buat berperingkat-peringkat dan berfasa-fasa. Saya pun dah lost tract tentang fasa-fasa yang ada. Yang saya tahu setiap kali bermula fasa baru, semua orang perlu mematuhi arahan asas yang sama iaitu mengamalkan penjarakan sosial dan pakai mask.

Hari ini juga merupakan hari pertama fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Hubby pun dah mula masuk kerja proper maka kita pun dah mula back to normal dengan norma baharu. Seperti biasa selepas hubby pergi kerja saya akan menjalankan aktiviti di halaman rinduku.

Sepanjang PKP, walaupun sesekali dapat keluar beli barang dapur dan barang keperluan lain banyak masa dihabiskan di halaman rumah sahaja. Makanya banyak benda titik bengik yang nak dibelek. Yang jadi tumpuan adalah area depan rumah.

Sejak dari lepas tebang pokok 'tadah doa' tahun lepas, kawasan ini asyik under construction sahaja. Boleh kata setiap hari saya mengubah, mengalih tanaman dan pasu-pasu di situ. Gamaknya sampai dah naik pening segala pokok dan pasu asyik berubah tempat. Akhirnya saya ambik keputusan untuk tanam pokok bunga thai jasmine sebagai tutup bumi. Saya memulakan projek tanaman bunga itu pada hujung tahun lepas. Alhamdulillah hingga kini pokok-pokok bunga thai jasmine tu kekal di situ. Cuma pokok-pokok dan pasu-pasu lain masih berubah-ubah tempat.

Pokok bunga Thai jasmine siap ditanam pada 12hb Disember 2019.

Terkini selepas hampir enam bulan.


Sebenarnya saya suka pokok-pokok berdaun hijau dan tahan lasak menggunakan konsep tanam dan biar. Pokok-pokok ni banyak saya tanam dalam pasu bagi memudahkan ianya diubah dan dialih ke serata tempat. Kebanyakkannya saya tanam sebab nampak cantik. Nama ID satu pun saya tak tahu. Asalkan berkenan dimata, kita tanam sahaja. Sesekali saya trim dan bersihkan daun-daun yang layu dan kering. Bila dah besar sikit saya akan salin pasu dan buang akar yang berlebihan. Sepanjang PKP makin kerap mereka beralih tempat duduk. Cuma pergerakan terhad untuk pasu-pasu yang besar. 

Dah lebih setahun terperap kat sini. Tak daya nak alih sebab pasunya besar.

Satu macam pokok keladi. Satu lagi macam spesis palma.

Spesis keladi juga kot. Yang besar tu, spesis palma juga.

Rubber tree katanya.

Pinang merah dihujung halaman.

Kalau disorot kembali, kesian pulak tengok kawasan depan rumah ni. Asyik work in progress je. Entah bila nak siap. Gamaknya lepas ni nak kena tahan hati supaya tidak lagi gatal tangan nak ubah-ubah pasu. Nak kena biarkan pokok-pokok tu membesar dengan bebas.

Macam dogol...

Ubah dan ubah.

Ubah lagi.

Punggah, angkat, letak.

Hmm...

Terkini, hari ini.

Mudah-mudahan PKP ini segera berakhir dan keadaan kembali normal. Semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah.

PS: Kita tumpukan pada pokok-pokok di laman depan sahaja. Yang lain kita cerita kemudian.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...