Thursday 23 July 2020

Potong (gunting) rumput di halaman rindu...

Sejak PKP bermula pertengahan bulan Mac hari tu semua aktiviti di halaman rindu saya buat sendiri. Seronok pulak terbongkok-bongkok mencabut dan menggunting rumput pada setiap pagi dan petang sepanjang perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa. Last upah orang potong rumput pada 1hb Mac 2020. Lepas tu saya cuma trim, gunting dan pangkas pokok-pokok besar sahaja. Oleh kerana cuaca asyik hujan sepanjang PKP semua tanaman termasuk rumput-rampai tumbuh subur memenuhi halaman rinduku. Jadi terpaksalah saya menambah aktiviti memotong rumput pulak. Alhamdulillah berkat kesabaran menjalankan aktiviti pemotongan rumput ni badan terasa makin ringan dan sihat. Berpeluh mengalahkan aktiviti berjogging. Bukan setakat potong, siap pakej sapu, kumpul dan buang sekali.

Hingga ke hari ini sudah tiga kali saya menjalankan aktiviti mengemas halaman rindu ini iaitu pada setiap hujung bulan. Saya dah buat pemotongan pada hujung bulan April, Mei dan Jun. Tapi untuk bulan Julai ini masih pending sebab tetiba banyak pulak kerja-kerja lain yang mendatang. (Persiapan anak nak sambung belajar, anak nak bertunang, hubby nak masuk spital dan lain-lain benda remeh sejak PKP dah dilonggarkan ini).

Saya membahagikan halaman rindu ini kepada tiga bahagian iaitu laman depan, laman tepi dan laman dapur. Biasanya saya mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan proses memotong/menggunting rumput bergantung kepada masa dan kudrat yang ada. Lepas tu saya biarkan masa bertenang selama dua hari supaya rumput tu kering sebelum memasukkan ke dalam plastik hitam untuk dibuang. 

Siap sapu dan kumpul.

Kalau di kampung biasanya saya akan tunggu rumput tu betul-betul kering. Bila dah cukup kering rumput tu akan dibakar. Biasanya kami akan bakar rumput menjelang senja. Tujuannya untuk menghalau nyamuk yang mula keluar sarang mencari mangsa. Kiranya macam aktiviti menyerbur asap untuk membunuh nyamuk aedes yang dilakukan oleh pihak berwajib sekarang ini. 

Longgokan rumput yang dah mula kering.

Sedia untuk dimasukkan ke dalam plastik untuk dibuang.

Semua kerja-kerja pemotongan dan menggunting rumput saya lakukan sambil duduk atas stool plastik sahaja demi kesejahteraan pinggang dan tulang belakang. Alhamdulillah setakat ini kedua-dua tulang tunjang itu memberi kerjasama yang sangat baik. 

Mudah-mudahan kurniaan kesihatan yang baik ini akan berkekalan hingga akhir hayat. Moga Allah bantu.

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....