Wednesday, 9 August 2023

Jalan-jalan KB: Pesta Buku Kelantan 2023, Mydin Mall, Tunjung.

Salah satu sebab kami sewa kereta bila balik KB ialah untuk memudahkan pergerakan. Pulang ke KB kali ini (4-7 Ogos) hubby memang khaskan untuk jalan-jalan cari makan dan melihat-lihat kawasan sahaja. Masa kami balik berkebetulan pulak Pesta Buku Kelantan 2023 sedang berlangsung. Depa buat di aras 2, Mydin Mall dari 28 Julai hingga 5 Ogos. Walaupun dah hari terakhir, kita selitkan juga masa untuk ke sana.

Pintu masuk utama.

Promosi oleh SMO bookstore.

Kebetulan juga organiser (Manager SMO bookstore) Pesta Buku tersebut adalah kawan baik hubby sejak dari zaman sekolah, haruslah kena curi masa untuk berjumpa-jumpaan. Sebagai isteri mithali pepandailah kita cari masa healing sorang-sorang sementara tunggu depa berborak.

Jumpa… borak.

…dan borak lagi.

Ruang pameran untuk pesta buku ini tidaklah sehebat pesta buku di KL, tapi cukuplah bagi pengemar yang suka membaca buku secara fizikal. Rata-rata buku adalah untuk budak-budak sekolah, buku rujukan, komik, novel dan alat tulis. Ada juga booth untuk free health check bagi bacaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah sambil depa jual ubat-ubat dan suppliment. Saya hanya melihat-lihat tanpa membeli apa-apa. Kebetulan sedang berlangsung juga acara pertandingan fashion show untuk kanak-kanak, so saya duduk tercongok sahaja melihat hingga acara selesai.

Lambakan buku.

Acara pertandingan fashion show tema pakaian tradisi Melayu.

Usai mini reunion hubby dan kawannya kami turun mengopi di food court di tingkat bawah. Malangnya travelator untuk ke tingkat bawah tidak berfungsi (under maintenance) terpaksalah kami cari lif. Pengunjung memang sangat ramai ditambah dengan rombongan budak-budak sekolah yang datang berbas-bas bersama guru-guru pengiring. Alhamdulillah semuanya well-behave dan kami dapat masuk lif dengan tenang. Mydin Mall ni agak besar dan banyak kedai-kedai untuk golongan marhaen. Saya sempat sambar dua helai tudung bawal dengan harga yang sangat berpatutan.

Ramainya manusia menjelang tengahari.

Keseluruhan kawasan Mydin Mall ni sangat luas. Depa buat parking open air tanpa bumbung. Asalnya kami cari basement parking tapi macam tiada. So terpaksalah berjalan di bawah terik mentari.

Kita teruskan tersengih walau cuaca sangat panas.

Kami beredar dalam pukul 12:30 tengahari untuk ke destinasi seterusnya sambil jalan-jalan cari makan.

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...