Pagi tadi baru tukar template baru ngan Iman, so simple sampai hubby kata tak menarik langsung. So malam2 buta ni dah tak boleh tidur memikirkan new design pulak. Nasib baiklah Hidayah pun tak boleh tidur juga, so sama2 lah kami meng 'edit' blog ni... in the end dah jadi blog baby girl lah pulak. Habis pink semua benda. It takes 1 hour, so now dah lepas masa tidur. Orang lain dah selamat belayar, Hidayah sambung baca novel, saya pulak semangat menulis.
Ish,ish. Tak patut betul. Kesian anakanda saya tu. Sejak cuti ni asyik sibuk je. Kalau tak sibuk berjalan kena tolong saya kat rumah. Now dah dapat kerja kontrak jual buku sekolah pulak dari hari Jumaat-Ahad. Lepas tu jadi AJK P-Eks, kena berkampung selama 4 hari di Shah Alam.. Tapi hari Rabu dah kena balik sebab result PMR keluar hari Khamis. Kena prepare minda untuk hadapi result nanti. Ooo.. nervous juga memikirkan result bebudak ni. Apa2 pun itu hanyalah sebahagian dari tarbiyah untuk menjadi dewasa.... Semoga yang terbaik menjadi milik kita bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenduri Besan di Ampang dan kenduri Rakan Sekolah di Ulu Langat
Sabtu 4hb Oktober 2025 Hujung minggu adalah hari untuk pergi kenduri. Namun ada juga undangan yang tidak dapat dipenuhi. Biasanya setiap kal...
-
Tanggal 14 Mac 2015 majlis menyambut menantu sebelah pengantin lelaki pulak. Orang Kedah kata bertandang. Orang Kelantan kata hantar men...
-
Awal tahun baru-baru ini saya decide untuk tukar Astro box baru. Sebenarnya dah lama orang astro tu asyik call suruh saya tukar dekoder astr...
-
Dah masuk 2 minggu batuk saya berlarutan. Dah 3 kali pi klinik. Dah berjenis-jenis ubat yang doktor bagi. Masa first time jumpa doktor mema...
No comments:
Post a Comment