Saturday, 24 July 2021

Bunga ros dan YTT

Hari ini awal-awal pagi saya dah turun ke halaman rindu. Seronok tengok pokok-pokok bunga ros mula mengeluarkan pucuk baru. Semalam check diari  baru perasan bahawa dua minggu lepas saya gembur tanah dalam pasu dan bubuh baja bunga. Saya guna baja biji-biji warna pink. Gamaknya semua pokok tu sangat berbahagia apabila akar pokok mula menyerap khasiat dari baja. 

Pokok bunga ros (dan lain-lain) beratur dalam pasu.

Saya jarang memberi harapan tinggi kepada pokok-pokok yang ditanam. Almaklumlah makcik ni bukannya green fingers. Tanam sebab minat yang up and down. Bila datang rajin maka terbongkok-bongkoklah makcik di laman. Bila hilang rajin maka terbiarlah pokok-pokok tu mengikut nasib masing-masing. Alhamdulillah setakat ini masih ada empat pasu bunga ros yang masih bertahan.

Baka ros kampung berwarna pink cair. Dah beberapa kali kekeringan tinggal tunggul. Tapi bila disiram dan dibaja ia tumbuh semula.

Baka ros dwi-warna merah dan kuning. Ceritanya seperti di atas.

Baka ros pink pekat ni sangat tahan lasak.

Baka ros warna peach ini juga sangat tahan lasak.

Selain bunga ros saya ada sepasu bunga YTT (yesterday, today, tomorrow). Bunganya tahan selama tiga hari. Sangat wangi dan bertukar warna dari purple> lilac> putih.

Ytt baru galak berbunga.

Hari ini saya gembur tanah dan letak baja lagi. Mudah-mudahan semuanya kekal subur dan galak berbunga selepas dua minggu lagi. Moga Allah bantu.🌹

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...