Tuesday, 13 July 2021

Fiddle fig, hydrangea & mulberry

Sejak beberapa minggu ni seronok pulak saya memangkas pokok-pokok di halaman rindu. Gamaknya dek cuaca yang sentiasa hujan dan redup menyebabkan pokok-pokok tu segar membesar dan merimbun. Saya pulak jenis yang sukakan suasana terang dan tidak semak. Maka banyaklah pokok yang jadi mangsa tebang dan pangkas saya. Batang-batang dan dahan yang ditebang tu kita kumpul dan susun di luar pagar. Dua atau tiga minggu sekali lori MPAJ akan datang kutip. Thanks to pekerja MPAJ yang setia berkhidmat.🌹

Kebanyakan pokok saya pangkas dan terus buang. Ada beberapa pokok yang saya akan simpan keratan batang bahagian pucuk untuk ditanam semula. Antaranya pokok fiddle fig atau ketapang. Ianya sangat mudah dijaga. Selepas dipangkas batangnya saya cucuk semula dan semai dalam pasu, letak di tempat teduh dan siram pada waktu pagi dan petang.

Fiddle fig, masa beli dulu daunnya kecik-kecik dan comel. Sekarang berdaun besar gedabak pulak.

Bekas pangkasan mula mengeluarkan pucuk baru.

Batang pucuk saya tanam semula.

Hujung tahun lepas saya bersahabat dalam fb grup bunga-bungaan dan mula berjinak dengan pokok hydrangea atau pokok bunga Siti Zubaidah. Saya beli pokok yang dah siap berbunga pada hujung tahun lepas. Hari ni dah masuk tujuh bulan. Pokoknya masih tidak putus berbunga dan sentiasa mengeluarkan kudup bunga yang baru. Mula-mula warna pink kemudian bertukar menjadi warna hijau. Semalam saya buat pangkasan untuk kali kedua.

Selepas dipangkas, tinggal bunga dan daun-daun yang rendah sahaja.

Bunga hijau bertahan dah masuk dua bulan.

Ada bunga yang dah menghampiri tiga bulan dan mula kelayuan.

Saya cucuk batang (pucuk) ke dalam pasu buat tanam semula.

Hasil semaian dari pangkasan pertama dahulu, kini berusia lebih 3 bulan.

Pokok mulberry ni asalnya saya tanam dari batang juga, hasil pemberian jiran setaman. Saya semai dalam pasu. Bila dah tumbuh akar dan nampak sihat, saya pindahkan ke tanah tepi pagar. Alhamdulillah hidup subur dan meninggi... maka haruslah dipangkas juga. Selepas dua minggu dipangkas mula keluar pucuk baru juga. 

Ada penampakan putih buah pada pucuk baru.

Dan lebihan batang saya semai dalam pasu. Selepas 2 minggu mula mengeluarkan pucuk. Lepas ni boleh lah kita salin pasu pulak.

Batang mula mengeluarkan pucuk daun

Dengan keadaan cuaca yang masih dalam musim hujan ni mudah-mudahan semua pokok ni sentiasa segar. Moga Allah bantu.🌹

No comments:

Family Lunch, Family Dinner

Hujung minggu biasanya kami khaskan untuk keluar jogging dan aktiviti bersama keluarga. Seperti biasa lepas jogging kita akan pekena roti ca...