Sunday, 11 July 2021

Santai hujung minggu

Bangun pagi tadi, serata rumah bau taik kucing. Bila bukak je pintu dapur memang terus rasa nak mengamuk. Tapi rasa je... tidak la sampai mengamuk betul-betul. Kitakan penyabar orangnya. 😊 

Maka bersusah payahlah makcik ni menyental lantai belakang yang berlemoih dengan taik dan kencing kucing dengan penuh pasrah. Apa nak di kata... rezeki dipagi hari kita sentiasa berbeza.

"Breakfast kita order jelah hari ni..."  

Alhamdulillah hubby berbesar hati tolong order grab food. Sedang elok saya siap sental menyental, delivery pun sampai. Kita cuma perlu hidang je atas meja. Siap sarapan untuk dua orang pencen... boleh sambung hingga makan tengahari.😊

Moga Allah sentiasa kurniakan rezeki yang baik untuk kita semua.🌹

No comments:

Tonsil Bengkak & Demam

Pada hari Jumaat yang lepas, tiba-tiba saya rasa tidak sihat. Pukul 2:30 pagi saya terjaga dari tidur. Perut rasa tidak selesa dan kepala ra...