Friday, 2 July 2021

Tukar meter TNB @ rumah Nilai

Kami beli rumah atas orang dan masih gunakan nama original owner dalam bil elektrik. Sebenarnya nak kurangkan hassle proses pertukaran nama owner pada bil elektrik. So masa pass over kunci rumah dulu kami bayar balik duit deposit owner lama dan sambung bayar bil bulanan macam biasa. Alhamdulillah setakat ini kami bayar bil on time atas nama owner lama dan perkara ini dah berlangsung lebih tujuh tahun. Entah macamana tetiba sahaja baru-baru ni takde letrik. Saya terus call TNB customer service. Depa buat semakan dari head-office. Takde masalah blackout, bil okay, line/wiring semua okay. Check elektrik jiran sebelah menyebelah semua takde masalah. By tengahari depa datang rumah untuk cari apa punca sebenar.

Rupa-rupanya meter-box dah kena kidnap...😂

Meter box dah togel.

Bila depa semak semula, rupa-rupanya owner asal dah potong line dan ambik balik deposit. Apo nak dikata... redho jelah. Musim covid ni... semua orang terdesak nak cari duit. 

Maka terpaksalah kami ke kedai TNB untuk buat pendaftaran semula. Kami keluar awal pagi supaya tak kalut sangat.

First customer.

Proses pendaftaran tu sekejap sahaja. Cuma kita perlu sediakan dokumen yang lengkap.

  • Salinan Perjanjian Jual Beli rumah
  • Salinan IC 
  • Email 
  • No hp 

Sementara depa dok key in detail dalam komputer, kita download apps myTNB dalam hp. Lepas tu buat registration online dalam hp pulak.

Isi semua detail.

Personal account... siap.

Bila dah setel semua, boleh balik. Tunggu je depa update dalam apps kita. Alhamdulillah by petang dah dapat notification suruh bayar deposit. Depa bagi pilihan samada bayar online atau kaunter. Of course la kita pilih online. Boleh pilih nak pakai kad atau online banking. Malangnya apps tu stuck kat page payment method tu tak boleh proceed.

Deposit RM250+duti setem RM10+caj RM3.

Setelah berkali-kali mencuba tanpa berhasil selama 3 hari, akhirnya kami ke kedai TNB semula. Sekali lagi kita lalui SOP... beratur kat luar, lepas tu scan mysejahtera, ambik nombor baru boleh masuk menunggu depan kaunter.


Bawa je borang just in case. Tapi depa tak minta pun.

Tiba di kaunter saya terus tunjuk apps dalam hp. Terus depa key-in dalam komputer.

"System down rasanya, kak... untuk upgrade"

Urusan di kaunter tak sampai 5 minit. Boleh bayar pakai tunai atau kad. Setel. Selepas 15 minit depa dah update dalam system. Alhamdulillah.

Updated setakat ini.

Lepas ni kita tunggu je depa pasang meter baru. Mudah-mudahan urusan seterusnya berjalan lancar. Moga Allah bantu.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...