Monday, 28 June 2021

Teman setia setiap masa.

Saya tak bela kucing tapi kucing sentiasa ada di rumah ni. Tak tahu datang dari mana. Jantan, betina, hitam, putih dan pelbagai warna. Alhamdulillah kami masih ada rezeki untuk dikongsi. Depa datang kami bagi makan. Kalau ada berak kencing saya akan basuh walau tanpa rela hati.

"Takpe... dapat pahala..." pandai je ahli rumah saya bagi kata-kata semangat. Padahal bukan depa yang kutip pahala tu. 

Kucing-kucing yang datang tu ada yang sekadar singgah buat jamban, ada yang kencing untuk tanda kawasan, ada yang tumpang beranak dan ada yang buat macam rumah sendiri. Apa-apa pun depa cuma boleh duduk luar sahaja. Masuk dalam rumah... nehi.

Always there...🥰

Yang penting setiap pagi saya di sambut dengan meowan mesra. Buka sahaja pintu rumah depa dah tercongok depan pintu tunggu makanan. Apalah sangat nak dibanding dengan cuci/buang najis depa berbanding dengan rasa bahagia untuk memulakan hari kita. Moga Allah rahmati hari-hari seterusnya.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...