Tuesday, 8 June 2021

Rak buku pulak

Setelah hubby decide untuk pindah dari Nilai hari tu banyak pulak buku-buku dan kertas serta fail yang dibawa balik. Tambah dengan buku-buku yang sedia ada maka kami terpaksa berkira-kira untuk menambah rak buku pulak. Oleh kerana saya jenis pengasih dan penyayang dengan semua buku yang ada maka banyaklah buku termasuk buku-buku sejak anak-anak masih kecil saya simpan buat kenangan. Asalkan ada yang masih elok saya akan simpan kerana semuanya ada memori tersendiri.

"Buang je semua... simpan saja semua kenangan itu di hati." begitulah akal fikiran bercongak-congak dan berdolak-dalik dengan hati sendiri.

Akhirnya kami ambik keputusan untuk tambah rak di bahagian TV sahaja. Lagipun rak yang asal tu dah lama dan rosak di sana sini. Dah alang-alang nak tukar kita pasang rak ala-ala wall mounted pulak. Biar penuh satu dinding.

Maka bermulalah kerja-kerja melukis plan rupa bentuk rak oleh anak bujangku. Umi tukang arah sahaja. Lepas tu baru cari tukang kayu yang sedia menerima tempahan dengan bajet kami. Alhamdulillah sejak masuk kerja haritu sibujang tu dah buat networking. So senang nak dapatkan kontraktor yang sudi ambik job dengan harga berpatutan. Setelah bersetuju dengan design yang kami sediakan, kami bayar deposit 50%. Depa datang pasang selepas sebulan kemudian. 

Seminggu sebelum hari kejadian saya dah mula mengemas rak sedia ada, re-arrange barang-barang yang ada ke dalam kotak dan angkut rak tu ke tempat lain. Apa yang perlu buang saya buang. Lepas tu saya lap dinding dan mop lantai sebagai persediaan tempat untuk pemasangan rak baru.

Tinggalkan rak TV sahaja sebagai centre-point.

Pada hari yang dijanjikan, depa datang bawa rak separa siap terus dari kilang. Depa cuma siapkan rangka utama sahaja. Bahagian-bahagian lain depa pasang di tempat kejadian. Kami pilih rak jenis kayu untuk matching dengan rak TV yang sedia ada.

Depa mulakan pemasangan rak di kiri dan kanan kabinet TV dahulu. 

Penyambungan rak di bahagian atas pulak.

Pemasangan pintu kaca.

Final touch.

Setelkan touch-up di sana sini.

Alhamdulillah semua kerja-kerja pemasangan siap dalam masa lebih kurang 5 jam. Selepas dah siap pasang depa sapu minyak tanah ke atas semua permukaan kayu supaya berkilat dan juga sebagai ubat anti anai-anai. Bau minyak tanah tu sangat kuat. Jenuh saya pasang perfume dan sembur pewangi setiap hari dan ambik masa dalam dua minggu juga untuk menghilangkan baunya. 

Sesi perasmian..

Saya ambik masa lebih seminggu untuk susun semula buku-buku yang ada ke dalam rak. Kerja-kerja mengemas semua saya lakukan semasa hubby tiada di rumah. Mudah untuk saya decide sendiri apa yang nak dibuang dan apa yang tinggal.

Hasilnya saya terpaksa berpisah dengan separuh daripada buku-buku dan barang-barang yang tersimpan kemas selama ini. Tiba masanya saya simpan semua kenangan itu dalam hati sahaja. Rak buku yang asal saya pindahkan ke dalam bilik bawah dan satu lagi di dapur sebagai tapak untuk mencipta kenangan yang baru pulak.

Dulu...
Ruang keluarga yang kini hanya tersimpan kemas dalam memori.

Kini...

PS: Mudah-mudahan tercipta momen-momen yang lebih indah selepas ini. Moga Allah berkati.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...