Showing posts with label Me and you.. Show all posts
Showing posts with label Me and you.. Show all posts

Friday, 27 March 2026

Balik KB 2026: Day 1

Selasa, 3hb Februari 2026

"Tiket dah beli.. jom packing balik KB". 

Setelah beberapa ketika tertunda akhirnya hubby beli tiket (surprise) balik KB secara tiba-tiba. Tapi itu cerita hampir dua bulan yang lepas. Saya simpan buat pekasam. Hari ini baru sempat nak bercerita dan simpan sebagai memori. Kami ambik flight MAS, KL-KB pukul 1 tengahari dan tiba di KB dalam pukul 2 petang. Just nice untuk pick-up kereta sewa kemudian singgah makan tengahari sebelum check-in hotel pukul 3 petang.

Resit drop bag.

Mengopi di KLIA dulu sebelum boarding.

One for the memory.

Beriya nak ambik gambar sayap kapal terbang, terakam tingkap kotor pulak.

Safe flight.

Kereta sewa Honda City RM190/day.

First pit-stop haruslah nak makan tengahari dulu. Kami singgah di Restoran Yati Ayam Percik. Dari KL lagi dah masuk dalam list of tempat makan-makan. 

Ayam percik ✅️.

Cuci mata melihat lukisan untuk dijual yang dipamerkan di dinding kedai. Price range up to RM3500 per piece.

Usai makan terus check-in di Hotel Grand Renai, KB. Kami dapat bilik di tingkat 18. Bukak tingkap nampak dinding bangunan sahaja. Makcik redha aje sebab masuk bilik cuma untuk berehat dan tidur. Alhamdulillah biliknya bersih dan luas.

Sebelah petang kami ambik peluang bersiar-siar di Pasir Tumbuh. Hajat nak cari pasar malam tapi hilang entah ke mana. Kami singgah mengopi di Nasken Coffee, Pasir Tumboh.

Ngopi dulu. 

Usai mengopi kami patah balik ke bandar Kota Bharu dan singgah di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1), ambik gambar buat pengubat rindu dan mengimbau kenangan zaman hubby kecik-kecik. Hubby bersekolah di sini hingga darjah 6 sebelum meneruskan pengajian di Maktab Sultan Ismail, KB.

Depan SK Kubang Kerian, tempat hubby bersekolah back in the 70's.

By Maghrib kami balik ke hotel semula. Sebelum itu kami singgah beli nasi berlauk malam di gerai bersebelahan jalan depan hotel.

Nasi berlauk daging berlengas plus ikan gelama kering ala-ala ike bekok.
Menu kedua ✅

Alhamdulillah selesai satu hari yang panjang. Usai makan malam kita berehat untuk kesegaran hari esok pulak. Semoga Allah mudahkan urusan. Aamin.🌹

{Boleh baca cerita yang sama 4 tahun lepas, KB with love: Day 1}

Sekian.😊

Monday, 20 October 2025

Cuti sempena Hari Deepavali 2025

Hari ini semua rakyat Malaysia bercuti sempena perayaan Hari Deepavali. Anak-anak pun semua sibuk dengan hal masing-masing maka kita penuhi hari ‘cuti’ ini seperti hari-hari biasa. Kebetulan hari ini hubby tiada kelas (sebab semua students pun bercuti) ayuhlah kita keluar sarapan nasi lemak di Restoran Mak O Mak, Taman Melawati. Walaupun makcik kengkonon nak mula buat calorie watch dek badan yang semakin bulat bagai dipam-pam ini, kita layan dulu keinginan tekak nak makan nasi lemak ayam goreng rempah.

Nasi lemak ayam goreng rempah & teh-o-ais for makcik.

Teh-O-Ais.

Usai sarapan kami ke Melawati Mall. Hubby mengopi sambil buat kerja di Baker’s Village Grocers. Selepas lebih satu jam teman hubby buat kerja kami beli groceries buat stok untuk seminggu sebelum balik rumah sebelum waktu Zohor.

Sibuk sokmo.

Apa la yang serabut sangat.

Shopping apa yang patut.

Begitulah cerita percutian dua orang makcik-pakcik pencen. Masa anak-anak kecik dulu kami akan isi masa percutian begini dengan keluarga, bercuti ke mana-mana atau balik kampung. Tapi sekarang, sejak tinggal berdua kita nikmati masa senggang begini dengan urusan sendiri. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 5 August 2025

Mengidam Fish & Chips

Hari ini, entah mengapa, tetiba terasa nak makan Fish and Chips. Bukan sebarang fish and chips. Saya teringat fish and chips original UK, menggunakan ikan cod. Ikannya besar dan segar dicelup dengan batter yang digoreng rangup. Bila makan boleh bukak/selak lapisan isi ikan yang putih bersih. 

Terpaksalah hubby melayan tekak isteri terchenta di petang hari. Kami keluar rumah pukul 4:00 petang dan pusing kawasan Melawati mencari fish and chips bertuah itu. Destinasi pertama ialah ke Food truck OH! FISH & CHIPS di taman Melawati. Malangnya depa nak tutup untuk solat Asar dan akan dibuka semula pada pukul 5:30 petang. Lama pulak nak menunggu, so kami ke plan B.

Of courselah kita terus ke Tim's Teapot Place. Melawati. Kat situ memang komfem ada menu yang dihajati. Kami terus order satu Fish & Chips dan satu Mushroom Soup. Makan sesama... sharing is caring gitu.

Hampir menepati apa yang dihajati. 😍

Kemain happy.


Alhamdulillah, craving fulfilled. Terima kasih hubby kerana sudi melayan. Semoga bertambah rezeki untuk belanja lagi. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Wednesday, 16 October 2024

Overnight @Swiss Garden Beach Resort, Kuantan

Oktober, 1-3hb, 2024.

Rasa macam dah lama tidak berpergian keluar daerah. So, bila hubby ajak teman ke program di Kuantan, awal-awal lagi kita dah marked tarikh dalam kalender dan simpan the excitement sorang-sorang. Pada hari yang dijanjikan, pepagi lagi kami keluar rumah, singgah sarapan di Q-Bistro, Taman Melati sebelum meneruskan perjalanan. Hubby drive dari Gombak ke Karak Highway hingga ke RnR Temerloh. Seterusnya giliran saya pegang stereng hingga tiba di Kuantan dan berhenti untuk makan tengahari. Kami tiba di Hotel Swiss Garden Beach Resort, Kuantan dalam pukul 2:00 petang. Alhamdulillah terus dapat masuk bilik di tingkat 1.

Sempadan Negeri Pahang sebelum masuk terowong.

Masuk terowong.

Welcome to Pahang.

Usai check-in saya cuma duduk-duduk di bilik sahaja sementara hubby attend program dari pukul 5-7 petang. Usai program, kami keluar dinner di restoran yang terletak di seberang jalan hotel. Dengan jarak yang cuma dalam 300 meter, kami menapak berjalan kaki sahaja. Walau dinner disediakan untuk para peserta, hubby lebih seronok melayan isteri terchenta dinner di luar sambil menyedut udara malam. Alhamdulillah dapat merasa nasi panas dengan ikan bakar segar dari laut. Total harga cuma RM66. Sangat berbaloi.

Ikan merah bakar petai.

Tambah sup tulang, kailan ikan masin dan telur bungkus.

Esoknya saya menemani hubby bersarapan di cafe hotel sebelum depa meneruskan program pada pukul 9:00 pagi. Oleh kerana saya masih kenyang dengan ikan bakar malam tadi, saya cuma sarapan dengan buah dan salad sahaja.

Jus dan sepinggan salad dan buah buat sarapan.

Usai sarapan, sementara masih ada masa berbaki sebelum program bermula, kami keluar jalan-jalan sekitar kawasan hotel sambil menikmati udara segar tepi pantai. Oleh kerana program hubby agak padat kami terpaksa mencuri masa antara program untuk berdua-duan. Sebagai isteri mithali, kita sangat memahami dan pandai membawa diri.

Laluan terus ke pantai hotel.

Suasana tenang tepi pantai.

POV hotel dari pantai.

Selfi/wefi satu kali.

Kami tidak berlama-lama di pantai dek bahang mentari yang mula terasa. Lagi pun program hubby bakal bermula. Sementara hubby berprogram saya keluar (dengan izin) berjalan-jalan melihat Kuantan sambil me-time.

Sekian. 😊

Friday, 16 February 2024

60 Days In UK: Masak sup kambing (lamb)

Rabu, 14hb Februari 2024

Dah masuk dua minggu (14 hari) kami di sini. Semalam singgah kedai cari barang dapur. Tetiba teruja tengok buah tomato bertangkai. Selama ini dok tengok buah tomato sebiji-sebiji, tetiba pulak rasa peghak. So saya ambik dan bayar harga £1.10 (RM6++) untuk 4 biji itu. Balik rumah, kita masak sup kambing (lamb) dan campak je buah tomato tu buat hiasan. Alhamdulillah done untuk makan tengahari di perantauan.

Buah tomato yang segar.

Sup kambing.

Done.

Mudah je nak masak sup kambing. Saya beli bahagian rib yang dah siap potong, supaya mudah empuk. Saya rebus dan tambah halia dan bawang putih ketuk dan masukkan serbuk sup Adabi (bawa khas dari Malaysia). Lepas 10 minit saya tambah kentang yang dibelah empat. Bila semua dah empuk, saya masukkan buah tomato, daun bawang dan bawang goreng. Sebenarnya saya tak jumpa daun bawang macam kat Malaysia. Saya ganti dengan daun leek, sejenis pokok bawang jugak tapi bahagian bawangnya tak jadi bawang. Depa guna daun sahaja bubuh dalam stew dan soup. Bolehlah buat ghaso-ghaso.

Leek... dalam keluarga bawang juga tapi tak membawang.

Siap dalam masa 20 minit. Angkat dan hirup panas-panas dalam cuaca sejuk. Alhamdulillah.

Semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik untuk kita semua. Aamiin.  

Sekian.😊

Friday, 10 November 2023

Umrah 2023: Madinah~Aktiviti Bebas 1

Isnin, 23hb Oktober 2023

Usai sarapan hubby ajak jalan-jalan sekitar Masjid Nabawi. Kebetulan hari ini tiada aktiviti khusus maka kami ambik peluang melihat keindahan binaan masjid.

Kita sarapan dulu.

Dah lama saya berhajat untuk melihat proses buka 'payung' di masjid ini. Tapi sayang, hajat belum kesampaian sebab masa kami ke masjid semula, semua payung telah siap terbuka. 

"Takpe... kita cuba lagi esok."

So, hari ini kita nikmati keindahan suasana berpayung ini dahulu. Cuaca agak panas berbahang tapi bila berjalan di bawah payung ini terasa nyaman. Di beberapa tempat ada kumpulan halaqah dari pelbagai negara. Mungkin depa buat pengisian ilmu dan tazkeerah. Kami singgah duduk di tepi sekumpulan warga Indonesia sambil 'menumpang’ dengar ilmu yang disampaikan. Alhamdulillah semoga mereka mendapat pahala berganda asbab berkongsi ilmu di bumi barokah ini.



Kemain, bila hubby suruh posing bawah payung.

Singgah solat dhuha dalam masjid.

Usai menikmati keindahan Masjid Nabawi hubby ajak jalan-jalan di kawasan sekitarnya pula. Sangat banyak perubahan sejak enam tahun yang lepas. Kawasan yang sebelum ini ada tapak pasar, sudah di ratakan menjadi dataran dipenuhi burung merpati. Ramai yang menjaja makanan burung, SR5 satu paket. Kami sekadar lalu sahaja dan meneruskan perjalanan hingga ke hujung jalan belakang hotel. Banyak lagi pembinaan hotel(?) yang sedang dijalankan di kawasan luar masjid ini, mungkin untuk menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat saban tahun.

Dataran 'merpati'

Hajat nak pusing-pusing hingga ke hujung jalan tapi keadaan agak berdebu dek construction.

Teruja melihat pokok yang baru ditanam sepanjang jalan.

Lepas dah penat berjalan, kami singgah Pasaraya Bin Dawood untuk mencari makanan buat kudapan di bilik hotel. Banyak jugak barang-barang yang berkenan di hati. Tapi kita istighfar dulu... datang sini bukan nak shopping tapi nak isi tabung pahala. So kita cuci mata sahaja sambil teruja melihat buah-buahan yang menggamit rindu negara terchenta.


Buah manggis, SR39 satu pack.

Rambutan SR29 satu pack.

"Ummi shopping apa?" Pertanyaan biasa dari anak-anak bila saya keluar jalan-jalan.

Tipu la kalau saya tak shopping apa-apa. Saya beli susu dan laban buat membasah tekak serta roti dan biskut buat kudapan di bilik hotel nanti.

Kita memang hantu susu.

Mudah-mudahan Allah kekalkan kesihatan yang baik untuk urusan seterusnya.

(Boleh baca cerita sebelum ini di sini.)

Sekian.😊

Kenduri @Batu Caves

Pagi tadi saya berkira-kira samada hendak memenuhi undangan kenduri kahwin atau tidak. So pepagi lagi saya dah masak nasi lemak buat sarapan...