Friday, 10 November 2023

Umrah 2023: Madinah~Aktiviti Bebas 1

Isnin, 23hb Oktober 2023

Usai sarapan hubby ajak jalan-jalan sekitar Masjid Nabawi. Kebetulan hari ini tiada aktiviti khusus maka kami ambik peluang melihat keindahan binaan masjid.

Kita sarapan dulu.

Dah lama saya berhajat untuk melihat proses buka 'payung' di masjid ini. Tapi sayang, hajat belum kesampaian sebab masa kami ke masjid semula, semua payung telah siap terbuka. 

"Takpe... kita cuba lagi esok."

So, hari ini kita nikmati keindahan suasana berpayung ini dahulu. Cuaca agak panas berbahang tapi bila berjalan di bawah payung ini terasa nyaman. Di beberapa tempat ada kumpulan halaqah dari pelbagai negara. Mungkin depa buat pengisian ilmu dan tazkeerah. Kami singgah duduk di tepi sekumpulan warga Indonesia sambil 'menumpang’ dengar ilmu yang disampaikan. Alhamdulillah semoga mereka mendapat pahala berganda asbab berkongsi ilmu di bumi barokah ini.



Kemain, bila hubby suruh posing bawah payung.

Singgah solat dhuha dalam masjid.

Usai menikmati keindahan Masjid Nabawi hubby ajak jalan-jalan di kawasan sekitarnya pula. Sangat banyak perubahan sejak enam tahun yang lepas. Kawasan yang sebelum ini ada tapak pasar, sudah di ratakan menjadi dataran dipenuhi burung merpati. Ramai yang menjaja makanan burung, SR5 satu paket. Kami sekadar lalu sahaja dan meneruskan perjalanan hingga ke hujung jalan belakang hotel. Banyak lagi pembinaan hotel(?) yang sedang dijalankan di kawasan luar masjid ini, mungkin untuk menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat saban tahun.

Dataran 'merpati'

Hajat nak pusing-pusing hingga ke hujung jalan tapi keadaan agak berdebu dek construction.

Teruja melihat pokok yang baru ditanam sepanjang jalan.

Lepas dah penat berjalan, kami singgah Pasaraya Bin Dawood untuk mencari makanan buat kudapan di bilik hotel. Banyak jugak barang-barang yang berkenan di hati. Tapi kita istighfar dulu... datang sini bukan nak shopping tapi nak isi tabung pahala. So kita cuci mata sahaja sambil teruja melihat buah-buahan yang menggamit rindu negara terchenta.


Buah manggis, SR39 satu pack.

Rambutan SR29 satu pack.

"Ummi shopping apa?" Pertanyaan biasa dari anak-anak bila saya keluar jalan-jalan.

Tipu la kalau saya tak shopping apa-apa. Saya beli susu dan laban buat membasah tekak serta roti dan biskut buat kudapan di bilik hotel nanti.

Kita memang hantu susu.

Mudah-mudahan Allah kekalkan kesihatan yang baik untuk urusan seterusnya.

(Boleh baca cerita sebelum ini di sini.)

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...