Wednesday, 22 November 2023

Cili boh dan bawang blend.

Masa anak-anak penuh rumah dulu  saban minggu saya akan blend bawang dan buat cili boh buat stok dan simpan dalam fridge. Bila anak-anak dara saya dah besar, depa akan tolong saya kupas bawang sambil menangis. Bukan sebab sedih tapi sebab enzim bawang tu masuk dalam mata. Segala petua saya dah ajar tapi depa tetap menangis setiap kali ada aktiviti kupas bawang. 

Hari ini bila hubby sebut nak makan nasi lemak, maka kita tambah buat stok baru. Oleh kerana anak-anak semua dah terbang maka duduklah seorang makcik pencen menyediakan stok bawang blend dan cili boh sambil mengimbau kenangan.😌

Bawang dah siap kupas. Lepas tu kena basuh dan potong kecik-kecik kemudian blend.

Cili kering direbus selepas dibuang biji dan dipotong kecil-kecil.

Tos bila cili dah lembut.

Saya buat cukup untuk kegunaan sehari-hari sahaja. Bila anak-anak balik dihujung minggu biasanya depa akan bawa balik makanan atau hubby akan order makanan atau kami keluar makan ramai-ramai. Cuma kalau saya rajin, bolehlah mereka merasa air tangan bonda. 

Siap...

Kalau dulu kami beraktiviti setiap minggu sambil bersembang gelak ketawa, kini saya cuma buat stok bila perlu sahaja. Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah menangis bila potong bawang.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...