Saturday, 11 November 2023

Umrah 2023: Madinah~ Aktiviti Bebas 2

Selasa, 24hb Oktober 2023

Hari ini saya memang berhajat untuk berlama-lama di masjid dari Subuh hingga waktu Syuruk. Saja teringin nak melihat matahari naik di langit Madinah. Alhamdulillah langit sangat cerah so bila matahari mula muncul, warna langit bertukar menjadi pink/peach.

Cahaya matahari baru keluar malu-malu.

Langit makin terang.

Alhamdulillah tepat pukul 6.15 pagi 'payung' yang sebelumnya tertutup dibuka secara automatic di depan mata. 

"Awak tak nak rekod video ke?" Hubby bertanya bila melihat saya sangat excited melihat 'proses buka payung' macam budak kecik dapat mainan. 😁

Oleh kerana resolusi hp saya tak berapa cantik saya hanya merakam kejadian itu di dalam minda sahaja. Dan snap gambar sekeping dua buat kenangan.


Setelah habis keterujaan saya melihat semua payung terbuka kami balik ke hotel untuk sarapan. 

Sebenarnya hari ini kami ada temu janji dengan Uwais, adik kepada menantu sulong saya. Depa sekeluarga tinggal di Madinah untuk sambung belajar. So, kebetulan hari ini masing-masing tak ada program khusus maka kami berjanji temu untuk keluar lunch. 

Sebelum itu kita sambung jalan-jalan melihat kawasan sekitar dulu. Kalau sebelum ini kami fokus melawat masjid Nabi, kali ini kami pusing-pusing melawat kawasan hotel yang berdekatan pula sambil mencari kedai makan Melayu. Dan kami terjumpa satu kedai di belakang hotel Taiba yang menjual nasi goreng.

Kedai Nasi Goreng Rasa Malaysia.

Taiba Front Hotel.

Anwar al Madinah Mall

Hotel Movenpick


Masjid Nabi dari kejauhan.

Kami masuk shopping Mall yang berdekatan tapi masih lenggang, mungkin disebabkan masih awal pagi. Seperti biasa, hubby akan cari kedai buku. Tapi sepanjang pencarian kami tidak menjumpai mana-mana kedai yang menjual buku. Kebanyakan kedai menjual peralatan ibadah, Quran, sejadah, baju jubah, kain ela, cenderahati, perfume, kurma dan buah-buahan kering. Tanpa niat untuk bershopping, (sebab semuanya pun boleh didapati di Malaysia), kami hanya jalan-jalan cuci mata sambil melihat-lihat kawasan.

Rehat sebentar dalam Mall

Masih lengang.

Sepanjang dinding ada diceritakan tentang evolusi pembinaan masjid Nabi.

Tiba masa yang dijanjikan, Uwais datang menjemput kami di hotel. Rasa kekok pulak bila naik kereta 'right-hand drive’ Rupa-rupanya Arab Saudi ikut sistem driving di USA. Kita di Malaysia yang dah biasa ikut sistem driving UK (left-hand drive’) memang akan rasa kekok.

Despite hotel dah sediakan makan tiga kali sehari, seronok pulak bila dapat makan di luar. Kami ke Restoran Blue Ribbon Madinah yang menyediakan masakan menu Asia versi Filipina. Ada rasa ala-ala singgang dan percik. Alhamdulillah, cukuplah buat pelepas rindu masakan di rumah. Usai makan, Uwais menghantar kami balik ke hotel semula. 

Bersama keluarga Uwais, adik kepada menantu sulong saya.

Ikan telapia kuah lemak, kangkung goreng, ayam/udang kicap & siakap singgang.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk urusan seterusnya. 

(Boleh baca cerita sebelumnya di sini).

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...