Tuesday, 14 November 2023

Umrah 2023: Ziarah Wada’, Haramain High Speed Train & Umrah 01.

Rabu, 25hb Oktober 2013

Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi Madinah. Jadi sebelum meninggalkan bumi yang menempatkan jasad baginda Rasulullah SAW haruslah kita mengucapkan salam selamat tinggal sebelum berlepas keluar dari bumi barokah ini. So by pukul 7.15 pagi kami dah berkumpul di lobi hotel untuk bersama-sama Mutawwif bergerak ke maqam Rasulullah SAW untuk Ziarah Wada’. Lepas tu bolehlah ambik gambar kenangan buat kali terakhir sebelum balik ke hotel untuk mandi sunat ihram dan berkemas sebelum naik high speed train ke Mekah.



Pukul 11:30 pagi dah boleh early lunch. Lepas tu boleh bersiap untuk solat jamak Zohor dan Asar dan berkemas untuk kali terakhir. Kami hanya membawa beg hand carry dan barang-barang yang penting sahaja. Beg besar semua sudah diletakkan di depan pintu bilik seawal pukul 7 pagi lagi di mana pihak TH akan kumpul/kutip semua beg untuk urusan check-out dan dibawa dengan bas ke Mekah.

By pukul 1.00 tengahari kami dah berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke stesen Haramain High Speed Train, Madinah dengan bas. Semua jemaah lelaki dah siap dengan pakaian ihram. Perjalanan ke stesen mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja.

Ada masjid cantik, betul-betul sebelah train station.

Stesen Madinah.

Muka excited nak buat Umrah.

Jadual perjalanan.

Pihak TH Travel dah booking train pukul 3.30 petang. Tempat duduk kami di kelas ekonomi koc 8 dan 9. Semua jemaah boleh berniat ihram sebelum naik train. Lepas dah berniat ihram semua jemaah kena observe dengan 13 larangan ihram. 

Mencari koc 9.

Tepat pukul 3.30pm train pun bergerak. Lepas 10 minit depa buat announcement supaya semua jemaah Umrah berniat Umrah, seterusnya depa pasang audio talbiyah sepanjang perjalanan. Train bergerak sangat laju hingga mencapai kelajuan 300km/h. Tiada apa yang dapat dilihat sepanjang perjalanan melainkan kawasan padang pasir yang gersang dan tandus dengan bukit-bukau dan gunung batu. Sesekali ada melintas bangunan yang unik. Saya sempat merakam lembayung senja dari cermin tingkap.

Pemandangan luar jendela.

Menikmati lembayung senja(sunset) dari jendela train.

By pukul 5.40pm kami tiba di stesen Mekah selepas perjalanan selama 2jam 10minit. Keluar sahaja dari stesen, azan Maghrib pun berkumandang. Disebabkan bas dah sedia menunggu untuk membawa kami ke hotel maka kami teruskan perjalanan dan berniat untuk solat Maghrib di hotel, boleh juga buat solat jamak Maghrib Isyak sekiranya waktu Maghrib sudah lupus bila tiba di hotel nanti.

Susun atur stesen Mekah sama sahaja dengan stesen Madinah.

Dari stesen Mekah sudah kelihatan mercu tanda Clock Tower, tapi dek keadaan jalan yang agak sesak, mengambil sedikit masa untuk tiba di hotel. Kami tiba di hotel Fairmont, Makkah Clock Royal Tower pukul 6.45pm. Terus masuk bilik (Room 1222) di tingkat 12, solat Maghrib dan sambung solat Isyak selepas azan berkumandang pada pukul 7.20 malam.

Dalam bilik hotel depa letak speaker yang sangat bagus. Boleh on/off dan boleh laras tahap bunyinya untuk mendengar azan setiap kali masuk waktu untuk solat. Bacaan imam Masjidil Haram semasa solat jemaaah juga sangat clear. Terasa macam duduk betul-betul belakang imam. 

Dari Malaysia lagi saya berdoa supaya dapat bilik hotel di Mekah yang mengadap Kaabah dan boleh melihat Kaabah dari bilik. Alhamdulillah tercapai hajat walau cuma nampak sipi-sipi bahagian masjid dari celahan bangunan dan construction sahaja.

Jadilah, buat ghaso-ghaso.

Pukul 7.45pm kami turun dinner di Level M3. Kemudian berkumpul semula di lobi hotel di Level M2 untuk taklimat umrah, seterusnya turun ke level FG keluar ke dataran masjid. Kami berkumpul dan menunggu sehingga semua jemaah telah betul-betul bersedia. Menjelang pukul 10:00 malam baru kami bergerak masuk Mataf bersama-sama.

Kami buat solat tahiyatul masjid sebelum bergerak untuk tawaf. Awalnya saya mengikut belakang Mutawwif tapi selepas satu pusingan kumpulan dah mula berpecah, semua orang pun ikut haluan masing-masing. Saya berjalan di hadapan sementara hubby control saya dari belakang. Saya pulak jenis jalan menonong je tak ikut garisan. So from time to time hubby kena cuit dan betulkan landasan saya. (Depa buat garisan/track mengelilingi Kaabah atas lantai Mataf untuk panduan jemaah agar tidak terpesong waktu bertawaf)

Ahamdulillah tidak terasa masa berlalu. Kami dah siap tujuh pusingan tawaf dalam masa 40 minit. Seterusnya kami menyelit di mana-mana ruang kosong untuk buat solat sunat tawaf. Usai solat, belum sempat angkat tangan untuk berdoa semua orang dah kena halau dengan polis sebab depa nak tutup laluan. Dengan pasrah kami teruskan perjalanan ke Mas'a untuk bersaie dari Safa dan Marwah. Jemaah sangat ramai, so kami hanya follow with the flow. Selepas selesai urusan ulang-alik sebanyak 7 kali kami tercari-cari tempat untuk bertahalul. Dalam lautan manusia yang sangat ramai dan polis pulak asyik nak tutup laluan maka kami teruskan berjalan with the flow hingga nak masuk 8 pusingan. Akhirnya kami jumpa port untuk bertahalul di tepi dinding laluan sebelah kanan ke arah Safa. Depa sediakan tong sampah untuk buang rambut yang dah digunting. Usai tahalul kami bergegas mencari jalan keluar dari kawasan Mas'a dan tembus di kawasan laluan tawaf bagi jemaah yang berkerusi roda dan skuter. Kami ambil peluang bergambar sekeping dua buat kenangan sebelum meneruskan usaha mencari jalan keluar dari masjid.

Nak jugak abadikan kenangan walau muka dah barai. 

Lautan manusia sedang mengerjakan Tawaf.

Makin menghampiri tengah malam manusia makin ramai. Jenuh jugak kami berpusing sana-sini dalam masjid mencari jalan keluar sebab banyak laluan yang ditutup. Akhirnya kami keluar melalui pintu 79 tembus ke dataran masjid dan mencari jalan balik ke hotel berpandukan Clock Tower. Kami tiba di bilik semula hampir pukul 1 pagi untuk berehat untuk urusan seterusnya.

Moga Allah terima ibadah Umrah ini dengan sebaik-baik ganjaran.

Boleh baca cerita sebelum ini di sini.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...