Showing posts with label Pangkin Nenek. Show all posts
Showing posts with label Pangkin Nenek. Show all posts

Tuesday, 3 November 2026

Pasang Bidai di Pondok (Pangkin Nenek)

Saya suka berpagi-pagi dan duduk-duduk santai di pondok selepas kerja-kerja di laman rumah.  Tapi sejak jerebu melanda bumi terchenta, aktiviti indah ini terpaksa diabaikan. Bila jerebu beransur pergi matahari pun dah mula bergerak ke Garisan Jadi menyebabkan kawasan halaman saya sedikit membahang dek cahaya matahari terik. Rumah saya menghadap matahari naik dan halaman rumah terletak di sebelah kiri. So dalam bulan November-Januari halaman saya akan dilimpahi cahaya matahari penuh dan hanya akan nyaman semula bila matahari kembali bergerak ke Garisan Sartan dalam bulan Mei-Julai. Padahal sebenarnya bumi yang bergerak/berputar mengelilingi matahari tanpa kita perasan. Matahari tetap utuh/teguh di paksinya.

So bila matahari berada di Garisan Jadi, pondok saya akan mula panas bila matahari naik. Sebelum ini ada pokok mangga yang menjadi peneduh kawasan. Tapi saya terpaksa tebang sebab batang pokok dah mula dinaiki anai-anai. Akibatnya pondok saya terpaksa menahan haba mentari pada waktu pagi hingga tengahari. By petang barulah kawasan halaman saya akan kembali nyaman.

Pondok/pangkin nenek.

Dan bila ditilik-tilik dan direnung-renung, akhirnya saya decide untuk letak bidai kayu left over yang dah putus talinya. Nak dibuang sayang, so kita gantung sahaja buat sementara waktu. Kemudian saya tambah bidai buluh (order daripada Shopee). Maka terhasillah bidai dwi-colour di pondok/pangkin nenek. 

Bidai kayu (kiri) tu terlebih panjang, so saya gulung letak atas lantai pondok. Sebelah kanannya bidai buluh.

Alhamdulillah dapatlah makcik menyambung aktiviti pagi dengan selesa. Yang penting, dapat mengeluarkan peluh demi kesihatan badan. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik sehingga akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

Wednesday, 22 October 2025

Pangkin Nenek

Sejak pondok gazebo diberi nafas baru, saya seronok menikmati waktu pagi di atas pangkin. Kebetulan hari ini langit mendung memberi cuaca pagi yang sangat nyaman. Saya keluar ke laman rumah lepas subuh. Selepas menyapu sampah di halaman rindu dan meyusun pasu-pasu lama, saya duduk berehat santai atas pangkin hingga terbit mentari. Sambil itu bolehlah kita nikmati keindahan laman yang mula segar selepas hujan.

Mulberi yang mula galak berbuah.


Ciku yang menjadi rebutan situpai.

Bunga jenjarum semakin galak berbunga.

Bunga ytt turut memeriahkan suasana.

Sepit udang.

Bila melihat kehijauan laman tiba-tiba teringat kepada beberapa pusara kucing yang disemadi di sekitar laman yang mula menghijau ini. Paling menyedihkan ialah kenangan Tetamu di pagi Raya, hampir sepuluh tahun lepas. (Boleh baca ceritanya di sini). 

Pangkin Nenek.

Semoga hari-hari mendatang sentiasa dipenuhi dengan ketenangan. Amiin 🌹

Sekian.😊

Friday, 5 July 2024

Tumbuh

Sepagi di pangkin nenek, kita berkongsi kesegaran alam.

Bunga kantan yang menceriakan.

Batang pokok serai kayu yang ditebang mula mengeluarkan tunas baru.

Pokok putat makin galak mengeluarkan pucuk baru.

Pokok kari semakin subur.

Pokok ulat bulu berbuah lebat.


Bunga pokok ulat bulu.

Semoga ketenangan ini berpanjangan. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Berangan & Mengawal Gula Dalam Darah

Dulu saya selalu berangan bangun pagi je dah ada makanan atas meja. Paling tidak pun saya dikejutkan dengan bau semerbak dari dapur. Namun k...