Thursday, 12 November 2015

Abuni Pindah Rumah........

Sedar tak sedar dah lebih sebulan Abuni jadi mak. Alhamdulillah hingga kini anak-anaknya membesar dengan sihat. Semuanya hidup dengan selamat. Setakat ini belum dapat dipastikan berapa bilangan jantan dan betina. Semuanya nampak sama je.

Dalam masa sebulan hayat mereka, bukan main bersuka ria buat bilik Amin macam rumah sendiri. Dah la beranak dalam laci baju, habis merata sudut depa buat territory sendiri. Risau pulak takut depa melepas najis sesuka hati. Setakat ni Alhamdulillah Abuni sangat mengambil berat tentang kebersihan anak-anaknya. 
Lapik kaki depan bilik air dah jadi port baik depa.. 
Dari kiri...Bujay (yang sulung), Malik Nor (no 2), Alijay (ke3) dan Pokpok (bongsu)...
Elok je depa susun diri sendiri ikut usia memasing.

Sebelum ni saya sediakan makanan Abuni beserta airnya dalam bilik Amin. Kesian pulak nak suruh dia turun makan kat bawah. Takut bentan. Eh...ada ke kucing bentan lepas beranak? Sejak anak-anak kucing tu dah mula pandai keluar dari laci sibuk pulak depa join sekaki  menjamu selera makanan maknya. Tetiba pulak bilik Amin mula mengeluarkan aroma yang kurang enak. Saya suspek anak-anak kucing tu dah mula terberak tercirit sebab makan makanan yang tak sesuai dengan umur depa. Takut rosak pulak segala usus dan ginjal nanti. 
Sebenarnya saya dah sediakan tempat penginapan mereka di bahagian hujung balkoni rumah kami. Kemain bertaraf 4 bintang. Konon apabila anak-anak kucing tu dah besar sikit boleh lah letak depa kat situ. Saya lapik tikar getah supaya senang nak cuci sekiranya anak-anak kucing tu terberak terkencing merata. Tapi.......tiba-tiba pulak si Abuni tu buat port berak dia kat situ. Padahal kawasan luar rumah saya ni banyak je tanah untuk dibuat jamban. Boleh pilih je mana-mana port yang dia suka. Kat balkoni tu jugak dia nak melepas. Kemain dah tak nak turun berak kat luar rumah. Kengkonon masih dalam pantang tak boleh nak turun tangga. Dah la makan tido dia saya jaga, sekarang nak kisahkan kencing berak dia pulak. Jenuh la pulak saya nak kena buang dan cuci taik kucing tua tu. Adoyai......sabar je lah. Setakat taik anak kucing tu boleh tahan lagi. 


Akhirnya saya terpaksa pindahkan mereka ke tempat yang lebih sesuai, yang kurang menyusahkan saya. Kesian Amin terpaksa menahan bau-bauan yang menyesakkan saluran pernafasan selama ini. So hujung minggu baru ni dengan bantuan Ein dan Nina, kami bertungkus lumus menguruskan proses perpindahan anak-anak kucing tu. Kawasan laundry belakang dapur saya pulak menjadi tempat baru mereka.

Alhamdulillah mereka pandai menyesuaikan diri di tempat baru. Rupa-rupanya kucing pandai mengajar anak-anak tentang kebersihan. Setiap pagi Abuni akan ajak anak-anaknya buang najis di tempat yang saya sediakan. Dia hanya perlu ajar sekali dua sahaja. Lepas tu anak-anak kucing tu akan pandai sendiri mencari tempat untuk melepaskan hajat.
Kawasan perumahan baru. 
Sabar je Abuni melayan anak-anaknya menyusu gaya bebas.
Dah mula pandai bermain...

PS: Mudah-mudahan kami boleh mengutip pahala dengan kehadiran mereka......

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...