Monday, 30 November 2015

KLIA, KLIA, KLIA....

"Jadi ke nak hantar pi airport?"

Dah beberapa kali Hubby ajak pi airport apabila nak gi outstation. Dan beberapa kali juga saya selalu berat hati sebab malas nak sedih-sedih nak kena tinggal. Biasanya kami akan pergi dengan kereta. Hubby akan drive dan parking kat airport. Lepas tu saya akan balik sendiri. Kiranya saya hanya peneman sepanjang perjalanan ke airport sahaja. Hantar Hubby kat balai pelepasan, lepas tu babai-babai, lepas tu balik rumah naik ERL. Bab nak kena balik naik ERL tu yang malas. Kalau ERL tu sampai depan tangga rumah okay lah jugak. Tapi sampai KL Central je. Lepas tu nak kena sambung naik LRT pulak. Sampai Sri Rampai nak kena ambik teksi pulak. Banyak sangat tangga. Tu yang jadi malas tuh. Malas nak beratur beli tiket. Malas nak berebut naik LRT. Malas nak layan perasaan kena tinggal. Kengkonon sedih sepanjang perjalanan. Kemain nak bermalas-malas segala bagai.

Walaubagaimanapun selepas subuh awal bulan baru ni saya berbesar hati menghantar Hubby pi KLIA. Ada program apa tah kat Oman. Seperti biasa Hubby akan drive on the way pergi. Tapi kali ini saya akan drive bawa balik Accord tu. Mula-mula tu cuak juga sebab saya tak pernah bawa kereta auto long distance. Taraf saya bawa Unser manual sahaja. Tapi terpaksa kuatkan semangat sebab malas nak berERL dan berLRT. Alhamdulillah saya selamat pergi dan balik walaupun sepanjang perjalanan serasa seperti tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sebenarnya saya seronok juga pi jenjalan kat KLIA tu. Kengkonon perasan ambik mood gi oversea. Tapi tarikan yang sebenarnya ialah Kedai Nasi Padang kat Food Court tu. Setiap kali pi KLIA saya pasti singgah kedai tu pekena nasi lemak ngan daging dendeng yang sangat enak. Ala-ala daging dendeng masakan Ibu masa pi Jakarta hari tu. Kadang-kadang pekena biryani kambing atau keema ngan roti nan. Kedai apa tah. Lupa pulak. Tapi hari tu dah tutup pulak. So dalam malas-malas nak ke KLIA tu ada juga consolation boleh jamu mata dan isi perut.
Breakfast dulu .

Biasanya sebelum bertolak ke mana-mana negara Hubby akan tukar duit currency negara tersebut. Tapi untuk pergi Oman baru ni rata-rata bank tak mahu terima duit ringgit Malaysia. Maksudnya kita tak boleh beli Oman Riyal dengan duit Malaysia. So terpaksalah beli US Dollar, lepas tu tukar pulak kepada Oman Riyal apabila tiba di Oman nanti. Rupa-rupanya nilai Oman Riyal sangat tinggi. Lebih tinggi berbanding USD dan GBR Pound Sterling. Sementara tunggu hubby tukar duit saya pi melilau cari coklat untuk anak-anak yang kena tinggal kat rumah. 

Seperti biasa kami babai dari atas je..

Selepas dah babai-babai saya pun meneruskan perjalanan untuk pulang. Cuak sebenarnya sebab nak kena fikir route yang paling sesuai untuk balik nanti. Sebenarnya tak susah pun. Guna aplikasi waze dalam smartphone je. Sesat tu agak mininum. Kita hanya perlu setkan destinasi. Nanti waze tu akan cadangkan jalan (route) yang paling sesuai dengan kita. Yang penting isi minyak penuh-penuh serta duit tol yang mencukupi. Lebih mudah kalau dah siap-siap top up Touche and Go banyak-banyak. Malangnya pakai Touche and Go ni paling saya malas. Susah nak bajet side untuk kereta berhenti bila sampai kat tol booth. Kengkadang terpaksa buka pintu kereta untuk sentuhkan kad pada mesin imbasan tu. Kesian kereta belakang saya. Sabar je menunggu giliran. Masa nak keluar parking KLIA lagi saya dah cuak nak agak jarak kereta. Sampaikan anak bujang saya terpaksa keluar dari kereta untuk buat touche and go. Bila palang dah terangkat dan saya keluar parking baru dia masuk balik dalam kereta. Hmmm..... Nasib baik ada teman. Kalau tidak meraung lah kat parking airport tu sampai hubby balik dari Oman.

"Umi pakai Smart Tag je lah lepas ni......"

Tumpang seronok tengok pemandangan indah negara orang. 

Hubby pergi selama 4 malam sahaja. So hari Rabu berikutnya saya ke KLIA lagi untuk menjemput Hubby pulak. Tapi kali ni dah agak confident. Flight Hubby tiba kol 9 malam. So lepas Maghrib saya terus keluar rumah. Alhamdulillah sepanjang perjalanan saya ditemani bujangku dan Nina sebagai bodyguard. Tiada lagi masalah touche and go atau nak agak side untuk kereta auto itu. Pengalaman mendewasakan kita...:) Tapi rasanya saya lebih selesa dengan Unser manualku berbanding honda accord Hubby. Tak layak berkereta besar. Saya lebih selesa dengan yang simple. Simple thing for simple people with simple mind.
Tak dapat pergi Oman, dapat pi dinner kat Adam Lai pun jadi lah...

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...