Showing posts with label Bateri kereta. Show all posts
Showing posts with label Bateri kereta. Show all posts

Saturday, 8 October 2022

Bateri Accord kong lagi… perancangan dihujung minggu sedikit terkesan.

“Ummi buat apa hari ni?” Soalan biasa dari anakanda apabila tiba hujung minggu. Seperti biasa juga, hubby dah buat planning awal-awal lagi. Pagi nak keluar breakfast roti canai Suberi kat Keramat, lepas tu gi kenduri kat Putrajaya, sambung kenduri di Masjid Putra Nilai, sambil tengok rumah yang dah lama tersadai kat Nilai sana.

Namun, kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Tiba-tiba sahaja kereta Accord bertuah tu tak boleh start. Maka terpaksalah tunggu anak menantu datang pick-up untuk pergi sarapan.

Best ever roti canai cicah kari kambing.😋

Sambil tu saya call kedai bengkel kereta berdekatan untuk datang tengok lepas kami dah setel sarapan. Alhamdulillah mereka sangat membantu.

“Bateri dah zero ni kak. Kita boleh jump start tapi bateri kena tukar baru..” Bila depa check rupa-rupanya lampu kecik dalam kereta sedang on. Saya pun tak pasti bila lampu tu on. Salah saya tak check semua itu sebelum keluar kereta.

Bateri lama brand Century… tak pasti bila last saya ganti bateri ini.

Jump start sebelum bawa pergi bengkel.


Check punya check ada pulak kerosakan lain.

Air filter hose koyak.

Done ganti bateri baru brand Bosch RM320, pada 8/10/2022

“Bateri ni boleh terus ganti sekarang. Untuk hose tu kami kena order dulu, nanti dah ready kami call akak untuk pasang.” Bagus jugak. Sempatlah kami selesaikan urusan dahulu. Setel ganti bateri, kami terus gerak ke Putrajaya menghadiri kenduri kawen anak sahabat hubby di Dewan Wilqadri, Conezion.

Lunch free.🙂

Photobooth depan dewan.

Pintu masuk untuk pengantin.

Abaikan fake flawless itu.

Kebetulan dewan kawen ini sangat dekat dengan rumah anakanda putri maka dah alang-alang sampai sini kita terjah rumah anak menantu walaupun depa tiada di rumah. Kami tumpang solat dan bagi makanan ikan peliharaan.

Tok ayah ngintai ikan belaan cucunda. 

Tolong bagi makan ikan pulak takut ikan-ikan tu lapar sebab tuannya tiada di rumah.

“Kita rehat kat sini jelah… malas pulak nak sambung gi Nilai.” Sebagai isteri mithali, kita mengikut sahaja apa-apa plan A, B, C yang hubby dah buat. Dah puas berehat kita jalan-jalan ambik angin tepi tasik Putrajaya kemudian mengopi kat Kopi Mesin, Ayer 8 ditemani anak menantu yang tinggal berdekatan.

Ambik angin tepi tasik as always.

Ala-ala air Barbican tapi a bit on the side, RM7 sebotol.

By pukul 5 petang kami gerak balik Ampang dan terus ke bengkel kereta untuk ganti air filter hose pulak. Simple je prosesnya. Depa cabut hose yang lama dan ganti dengan hose baru.


Honda ori katanya... padahal 'replacement parts use for honda’ je.

Depa ganti hose yang koyak sahaja... semua aksesori lain depa guna semula daripada hose yang asal. Bayar lagi RM250.

Alhamdulillah semua perancangan hari ini berjalan lancar walaupun ada hick-up di sana sini. Yang penting kita sentiasa sabar dengan setiap ujian yang mendatang. Moga Allah bantu selamanya. 

Sekian cerita bateri kong di hujung minggu.😊

Tuesday, 14 September 2021

BRV tak boleh start walaupun dah ganti bateri baru.

Hari ini dah masuk kali ke tiga saya panggil mekanik datang tumah tengokkan masalah kereta. Petang semalam kereta BRV ni mati untuk kali ketiga dalam masa 2 bulan. Pertama kali hari tu berlaku dalam awal bulan Julai, 2021. Agaknya sebab lama terperap dek PKP maka bateri kereta kong dengan sendirinya. Ambik masa beberapa lama jugak nak ganti bateri baru sebab waktu itu masih dalam fasa darurat, semua bengkel tutup. Akhirnya anak bujang belikan bateri dan pasang sendiri di rumah. Alhamdulillah dapat bertahan hampir dua bulan. 

Bateri baru diganti pada 8hb Julai 2021

Boleh baca ceritanya di sini: Ganti bateri BRV dan cermin Myvi pecah. 

Kemudian tiba-tiba sahaja kereta BRV mati semula pada awal bulan September. Ditambah pulak dengan kereta Myvi kepunyaan anak bujang juga menghadapi masalah yang sama. Dua-dua tak boleh start. Suspek bateri kong lagi. Walaubagaimanapun kereta Myvi masih berbunyi crank crank bila pulas kunci untuk start enjin. Kereta BRV langsung senyap sunyi, tak ada apa-apa respon hatta dengan remote control. Lagi pulak takde lubang kunci nak dicucuk sebab semua fully automatic. So pada hari Isnin 6hb September 2021, saya panggil adik mekanik berdekatan untuk datang tengok. Sambil tu suruh dia bawakan terus bateri baru untuk kereta Myvi. Alhamdulillah usai ganti bateri, kereta Myvi boleh berjalan seperti biasa. Manakala bateri BRV pulak, walau masih elok tapi dah zero caj. Sebab tu kereta tak boleh start. So depa tukar bateri BRV dengan bateri Myvi lama yang masih nyawa-nyawa ikan, buat jump start lepas tu pasang balik bateri asal BRV. Alhamdulillah boleh hidup semula. Tapi terpaksa biarkan bateri kereta running selama 30 minit supaya bateri penuh semula. Depa caj RM280 untuk bateri Myvi dan extra RM20 untuk kos tukar ganti dan jump start bateri BRV. 

 Depa cabut bateri asal yang dah zero caj.
(6hb September 2021)

Bateri Myvi lama

Lubang tempat bateri masih intact, tiada masalah.

Setelah kedua-dua kereta boleh hidup semula, kami meneruskan operasi menggantikan cermin belakang Myvi yang tertungak hari tu. (Pecah tanpa sebab yang diketahui). 


Awalnya kami nak buat booking pasang cermin di pusat servis Perodua. Tapi banyak sangat songehnya. Nak kena buat booking dulu. Lepas tu pergi ofis dia untuk bayar deposit. Lepas tu kena tunggu depa order cermin dari kilang yang entah bila boleh ready sebab kilang tu katanya ada masalah covid. Depa tak boleh janji bila boleh siap. Depa quote RM680 untuk total cost kalau bayar sendiri. Kalau nak guna insurans lagi mahal dan lambat. Akhirnya saya call Dr Cermin berdekatan area Melawati. Depa boleh siapkan dalam masa 3 jam dengan caj RM350, untuk kos cermin siap tinted, upah pasang dan bersihkan cebisan kaca cermin lama. Saya pergi hantar pukul 12.30 tengahari. Pukul 4 petang dah boleh ambik semula. Alhamdulillah.

Tak semena-mena pada 9hb September 2021, tiba-tiba kereta BRV mati lagi. Perkara yang sama berlaku dan tindakan yang sama terpaksa saya buat. Malas dah nak fikir pasal bateri zero caj dan segala bagai tu, saya panggil adik mekanik tu datang rumah dan minta dia bawakan terus bateri kereta yang baru. (kos RM280). Bila dah siap pasang dan kereta boleh bergerak semula saya terus bawa kereta ke pusat servis Honda sebab dah hampir setahun kereta itu tidak diservis.. 

Suasana pusat servis kosong sahaja.

Kotor sebab tersadai parking bawah pokok depan rumah sepanjang PKP.

Alhamdulillah usai servis, enjin semua masih dalam keadaan baik, bateri caj 100% dan body kereta pun tip-top. Dengan hati gembira saya biarkan ia berehat selama dua hari over the weekend. Lagipun saya agak sibuk dengan urusan keluarga dan anak menantu pulang berziarah setelah aktiviti ziarah dibenarkan. Tiba-tiba pada petang hari Ahad selepas semua anak-cucu dah balik ke rumah masing-masing, peristiwa sedih berulang kembali... BRV mati semula.

Jadi pada hari Isnin 13hb September 2021, sekali lagi adik mekanik tu terpaksa mengadap muka makcik ini untuk kesekian kalinya. Depa dah sedia maklum apa perlu dilakukan. Depa terus jump start bateri dan kereta hidup semula.

"Tak payah bayar kak. Free je..." Senyum je adik mekanik tu jawab bila saya tanya berapa bayarannya.

"Akak start je enjin. 30 minit setiap hari... Insya Allah nanti okay... apa-apa nanti akak call saya balik..." Maka terpaksalah saya disiplinkan diri untuk hidupkan enjin kereta dan keluar driving setiap hari walaupun masih dalam musim covid. Asalkan kita jaga SOP, mudah-mudahan semuanya selamat. Moga Allah bantu.

Pastikan semua lampu sentiasa tertutup untuk menjimatkan bateri.

PS: Jenuh saya google sebab musabab kenapa kereta tak boleh start walaupun dah ganti bateri baru. Link ini: Checklist kereta tak boleh start yang paling menarik dan memberi penjelasan paling simple bagi saya. Semoga penulis diberkahi Allah sentiasa.

Sunday, 11 July 2021

Myvi vs Brv

Sejak pkp then pkpd ni jarang benar saya keluar ke mana-mana. Seorang rakyat yang taat perintah gitu. Nak keluar pagar rumah pun malas. Dan bila asyik berkurung ni banyak perkara yang berlaku di luar tanpa kita sedar. 

Jadi, bila sesekali teringat tentang kereta yang tersadai barulah ada hati nak keluar rumah. Sungguh bagai dikata... malang tidak berbau. Tetiba pulak enjin kereta tak boleh start. Batery kong.😔

Dah namanya dalam fasa pkpd, semua bengkel dan kedai aksesori kereta tutup. Terpaksalah kita tunggu hingga ada kedai yang buka. Maka tersadai kereta itu buat beberapa hari.

Bateri kong.

Bila keluar kali kedua, kita bertemu dengan ujian tambahan pulak. Entah apa alasannya tetiba cermin belakang kereta pecah. 


Sementara menunggu kedai aksesori kereta dibuka kita bungkus je dulu.

Selepas beberapa hari bersabar akhirnya ada satu bengkel beroperasi di Wangsa Maju. Alhamdulillah masih dalam 10km radius dari rumah. So kami beli bateri dan bawa balik ganti di rumah. 

Father and son in action.

Bateri Brv.. done.

Untuk cermin kereta Myvi yang pecah tu kita sambung bersabar lagi hingga kedai aksesori kereta dibuka semula lepas pkpd. Moga Allah bantu.🌹

Monday, 8 February 2021

Cerita Accord lagi.

Sejak masalah bateri kong hari tu, kami decide untuk bawa keluar kereta ni sekurang-kurangnya dua hari sekali sepanjang PKP ni. Keluar ronda-ronda keliling taman perumahan pun sudah memadai. At least boleh panaskan enjin kereta secara berkala. 

Maka pada suatu hari yang indah kami keluar mencari nasi berlauk untuk sarapan. As orang Kelantan asli, menu pantai timur selalu menjadi top priority hubby. Sebagai isteri mithali kita turutkan sahaja, makan apa yang suami makan, minum apa yang suami minum.

Kami tak perlu pergi jauh kerana di sekitar kawasan perumahan ini pun sudah cukup mewah dengan gerai jualan makanan. Siap untuk sarapan, makan tengahari, makan malam serta kudapan untuk tea-break dan minum petang. 

Sedang elok kami berborak dalam kereta tiba-tiba terdengar bunyi tayar kereta melenyek sesuatu diikuti bunyi berdesir seperti kipas angin. Sah-sah tayar kereta dah bocor. Terus kami ke bengkel kereta yang berdekatan. Di kawasan perumahan ini juga terdapat beberapa bengkel membaiki kereta. Pilih sahaja bengkel yang mana kita suka. 

Waktu kejadian baru pukul 8:30 pagi. Sementara menunggu bengkel buka pada pukul 9:00 pagi, anak bujang datang to the rescue. Alhamdulillah sempat setelkan beli sarapan dahulu sebelum setelkan urusan tayar pancit itu.

Flat habis.




Tertusuk tulang apa ntah. Bukan main dalam dan besar lubangnya.

Oleh kerana lubangnya sangat besar dan dalam, tayar kereta tu tak dapat diselamatkan lagi. Terpaksa ganti tayar baru. Dah alang-alang nak ganti tayar baru kami decide untuk ganti kedua-dua tayar belakang. Lagipun tayar tu pun sudah ke arah membotak. Dan dah alang-alang nak ganti kedua-dua tayar apa kata kita tukar tayar baru tu ke depan dan letak yang sedia ada di depan tu ke belakang. Switch places gitu. Lepas tu nak kena buat alignment pulak. Hmm... sungguh bagai dikata, satu kerosakan sahaja boleh melibatkan rentetan kerosakan seterusnya. Macam domino effect gitu.



Depa ganti tayar brand Continental harga RM320 sebiji. Sebelum ni saya guna brand Bridgestone. Tak kisahlah brand apa pun asalkan terjamin keselamatannya.



Semua urusan selesai dalam masa sejam. Depa caj RM880 untuk kos dua biji tayar, alignment tayar dan lain-lain servis. Alhamdulilllah hingga kini Accord tu masih setia berbakti.

"Inilah kereta yang nak guna sampai lepas pencen, Lepas ni dah takde duit dah nak beli kereta baru. Kena maintain dan guna je apa yang ada." Sayu pulak bila hubby cakap macam tu. Terasa diri dah semakin tua.

"Umi boleh saman orang buat jalan tu." Tetiba pulak anak bujang tu bagi idea. Memang pun jalan di kawasan perumahan kami under contruction untuk hiway SUKE. Tapi tayar kereta saya tu pancit disebabkan tertusuk tulang, bukannya dari kelalaian pihak sana. Entah-entah pekerja depa makan bersepah buang tulang merata-rata. Hmm... boleh cover ke agaknya. Apa-apa pun, anggap ajelah itu sebagai qadha dan kadar. Tak perlulah nak saman menyaman. Kita redha sahaja. Moga Allah ganti dengan yang lebih baik.

Tuesday, 19 January 2021

Bateri Accord kong lagi? (iii)

Untuk kesekian kalinya Accord ni buat hal lagi. Sepanjang musim Covid ni asyik merajuk je. Dan tuan pemilik pulak asyik lupa nak hidupkan enjin dengan berkala. Sebelum PKP dikuatkuasakan semula  baru-baru ini kami dah tukar bateri baru...setelah beberapa kali mekanik datang rumah untuk jump-start. Kami tukar bateri baru pada 26 November 2020. Lepas tu dah tak bergerak kemana-mana. Hampir tujuh minggu dok terperuk kat dalam porch sehinggalah dia merajuk lagi pada awal tahun baru haritu.

Maka pada tarikh birthday saya yang ke-54 (6 Januari 2021) saya decide untuk take over kereta tu buat harta sendiri. Kalau harta suami pun saya tetap akan jaga juga... tapi kalau dah buat macam harta sendiri perasaannya lebih sentimental. 

Bateri masih baru.

New batery installed on 26 November 2020

Saya call mekanik minta datang tengok apa masalahnya. Alhamdulillah depa datang dalam masa setengah jam sahaja. Dia bawa jump-start dan hidupkan kereta dalam masa tak sampai 2 minit. Bayar kos RM25 sahaja.

"Bateri penuh lagi kak. Tak payah ganti bateri pun." Tapi bila dia offkan jumper kereta masih tak boleh start. So kena jump-start semula dan biarkan enjin on.

"Akak bawa dia jalan-jalan sekejap.  Nanti dia re-charge sendiri. Lepas tu akak berhenti kat mana-mana sekejap. Lepas tu start balik... kalau masih mati, akak call saya semula."

In action. 

Keep running for 10 minutes.

Selepas adik mekanik tu pergi saya biarkan enjin kereta tu running selama 10 minit. Lepas tu bawa dia keluar pusing-pusing kawasan perumahan dan keluar ke jalan besar. Saya berhenti berhampiran dengan bengkel kereta tadi supaya kalau ada masalah terus sahaja boleh panggil adik mekanik tu datang tengok. Alhamdulillah selepas berehat selama 10 minit, Accord itu hidup semula. 

Sehingga hari ini (dah masuk 2 minggu) saya akan keluar bersiar-siar dengan Accord tu walaupun tanpa tujuan. Yang pasti, saya dah buat harta sendiri dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tq Hubby...sukahati je isteri mithali ni buat hadiah birthday present untuk diri sendiri.

Monday, 28 September 2020

Bateri Accord Kong lagi?. (ii)

Sejak PKP bemula pada pertengahan bulan Mac sehingga masuk bulan Jun yang lalu bermakna selama itu jugalah kereta accord ni tak bergerak ke mana-mana. Sebelum ni ada juga beberapa kali hubby dok test enjin. Hidup elok je. Tapi lepas sebulan terbiar begitu sahaja tiba-tiba sahaja pintunya tak boleh dibuka. Remote control pun macam dah stuck/jam. Setelah beberapa kali mencuba masih tak berhasil maka saya berfirasat remote control kereta tu dah takde bateri. Terus saya bawa kunci tu ke kedai hardware untuk diganti baterinya. Depa caj RM19.90 untuk bateri lithium. Dengan rasa excitednya saya balik rumah terus mencuba lagi. Malangnya tetap tidak berhasil.

Akhirnya terpaksa panggil orang bengkel kereta datang tengok. Alhamdulillah responnya sangat baik. Saya call je terus depa setuju nak datang.

"Berapa lama akak tak start ni?" Haha... kalau dah tuannya asyik berkurung kat rumah, haruslah kereta tu pun turut berkurung juga sepanjang PKP ni. Saya isi minyak sebelum PKP yang lepas hingga kini tak luak lagi.

"Takpa... kita jump dulu tengok macamana." Laju je orang bengkel tu buat kerja. Tak sampai lima minit semua setel.

"Okay, kakak biarkan enjin jalan selama 30 minit. Bagi dia caj dulu. Nanti semua akan okay." Dia pulang tanpa meminta apa-apa bayaran. Free of charge katanya. Dan saya pun biarkan sahaja enjin kereta berjalan selama 30 minit. Tapi disebabkan hubby 'work from home' dan tetiba nak buat meeting online dan-dan tu jugak maka terpaksalah saya tutup enjin kereta sebelum sampai 30 minit. Buat meeting online depan lounge dengan enjin kereta dok mengaum dalam porch memang gandingan yang sangat menyesakkan. 

Esoknya saya cuba hidupkan balik enjinnya tapi accord tu dah merajuk semula. Saya pun panggil mekanik tu lagi sekali. Dan sekali lagi responnya sangat baik. Dia datang naik motor dengan seorang lagi pekerja.

"Kita bawa balik bengkel lah kak. Tengok apa masalah sebenarnya..." Saya biarkan depa jump start, lepas tu terus biarkan depa bawa balik kereta ke bengkel. Kebetulan pulak masa tu hubby sedang bersiap sedia untuk meeting online lagi sekali. 

"Awak biarkan orang bengkel ambik kereta Accord. KERETA ACCORD tu!!! Tinggi sangat kepercayaannya. Ni mesti tak pernah dengar cerita orang bengkel buat onar dengan kereta ni!!! Nanti dia ambik barang-barang dalam tu dan ganti dengan barang lain baru padan muka......" adoi panjang lebar pulak kena bebel dengan hubby.

Apa lagi, terus saja saya bergegas ke bengkel kereta. Sebelum tu saya dah mesej depa supaya jangan usik apa-apa dalam kereta tu. Bila saya sampai, nampak depa dah buka bahagian enjin kereta. Katanya takde masalah dengan bateri kereta. Bateri fully charged. Depa kata ada masalah alternator dan dah siap dengan sebut harga kalau nak repair kat situ. Harga alternator brand new depa quote RM1060. Kalau nak murah sikit depa boleh cari yang recond dengan harga RM780 dan yang secondhand berharga RM730. Mahu tak mahu, terpaksalah saya cook-up reason kengkonon tak cukup bajet nak repair.  

"Okay, kita boleh repair later bila kakak dah cukup duit..." Depa tidak minta apa-apa bayaran jadi dengan rasa bersalahnya saya tinggalkan RM20 sebagai upah susah-payah depa setelkan masalah sebelum ini. Dan sementara enjin masih panas tu saya bawa balik kereta ke rumah semula. Lepas tu saya buat booking untuk servis kereta di pusat servis Honda yang bertauliah. Sementara menunggu tarikh temujanji tiba saya keep on start enjin pada setiap pagi, tengahari dan petang dan biarkan enjin berjalan selama setengah jam pada setiap kali. Alhamdulillah enjin boleh hidup setiap kali saya start. 

Bila saya bawa kereta untuk diservis rupa-rupanya tak ada masalah besar pun. Cuma enjin tak cukup panas dek kerana lama tidak dihidupkan. So kesan daripada saya dok start kereta setiap hari memberi nafas baru kepada sistem enjin. Saya cuma perlu buat servis biasa dan Alhamdulillah Accord tu dah boleh berjasa semula hingga kini.

PS: Masa kena bebel dengan hubby haritu sentap sampai ke langit ketujuh. Bila dah setel semua baru nampak hikmah disebalik semua itu...

Monday, 25 November 2019

Bateri Accord Kong (i)

Mengikut jadual biasanya hari ini sepatutnya saya ke Nilai. Hubby akan keluar awal pagi dengan drebarnya dan saya akan menyusul selepas dah setel semua kerja-kerja rumah. Tapi disebabkan drebar MC maka hubby terpaksa drive sendiri. Tapi tetiba pulak keretanya tak boleh start. Bateri dah kong gamaknya. Jadi terpaksalah hubby guna kereta BRV saya.

Dan seperti biasa dah alang-alang duduk rumah, kita setelkan apa yang patut. Pepagi lagi saya dah standby tunggu bengkel bukak. Kebanyakannya buka pukul 9:00 pagi. Ada yang buka pukul 9:30 pagi. Disebabkan kita nak BMF, maka saya call beberapa kedai di sekitar Keramat tapi depa tak buat servis di luar bengkel. Kalau nak cepat kena bawa kereta ke bengkel. Katanya boleh juga beli bateri sendiri nanti lepas dah habis kerja, depa boleh datang tolong pasangkan kat rumah. 

"Macamana saya nak keluar gi beli bateri? Kan kereta saya tak boleh start!!!" Adeh... tetiba pulak makcik rasa kelakar. Rasa nak marah, tapi nak gelak pun ada. Nasiblah sapa yang angkat call makcik tadi. Maaflah ye kot-kot makcik ternaik suara. 

Kemudian saya call bengkel non-muslim lain. Dia kata boleh datang dalam masa satu jam. Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba. Selepas hampir dua jam menunggu baru dia call semula kata boleh datang dalam masa setengah jam lagi. Itupun dia cuma akan datang dan tengok dulu apa masalahnya. Panas pulak hati makcik ni. Padahal kita dah bagitahu kata bateri kong. Tapi tetap dia cuma akan datang tengok dan bawa kereta balik bengkel, baru boleh bagi sebut harga. Kalau betul masalah bateri, dia cuma bagi dua pilihan jenis bateri. Satu harga RM250 dan satu lagi harga RM330. Saya memang tak suka depa ambik kereta bawa balik bengkel. Konon nak check masalah, last-last depa sendiri yang timbulkan banyak masalah. Kang ada aje benda yang rosak konon nak kena ganti.

Malas nak cakap banyak, saya pun call bengkel non-muslim yang lain pulak. Terus dia suruh saya snap gambar bateri sedia ada. Lepas saya dah sent gambar bateri tu terus dia bagi sebut harga. Bila saya setuju dengan harga terus dia datang bawa bateri dan pasang kat rumah. Tanpa banyak cerita semua masalah selesai dalam masa setengah jam. Kos semua sekali RM240 sahaja.

"Nanti kakak pergi bengkel, kita bagi resit.." Tak payah resitlah dik oii... saya bukannya nak claim apa-apa pun. Semuanya perabih duit laki.😄

Bateri lama yang dipasang tahun lepas.

Tarikh pasang 10 November 2018. Baru masuk setahun.

Alhamdulillah setel kerjaku. Lepas tu basuh kereta dan basuh porch sekali. Cukup sudah exercise untuk hari ini, udah berpeluh sampai ke kaki.

PS: Sering kali nak BMF, ada sahaja cerita yang kurang menarik. Moga Allah bantu.

Teman Hubby Buat Health Check (sepatutnya)

Pada hari Khamis, 8hb Oktober 2026 , yang lepas saya buat appoinment untuk follow-up health check hubby. Rupa-rupanya dah setahun hubby miss...