Saya tak pasti bila pokok limau ni mula tumbuh. Jenis limau apa pun saya tak pasti. Yang pasti ianya pokok limau berdasarkan bau daunnya yang sedap seakan bau limau. Seingat saya tak pernah pulak saya tanam pokok limau. Rasanya ia bercambah hasil dari bawaan burung yang bertenggek di atas pagar rumah ini. Awal kemunculannya saya tidak mengharapkan apa-apa. Saya biarkan sahaja ia tumbuh di celah-celah pokok lengkuas. Kawasan tepi pagar tu memang saya khaskan untuk pokok lengkuas. Selain untuk kegunaan masakan saya jadikan pokok lengkuas tu sebagai 'hedge' atau penghadang pandangan mereka yang lalu-lalang di luar pagar.
Lama juga pokok limau tu struggle untuk membesar sebab terpaksa bersaing dengan pokok-pokok lain sekitarnya. Di sebelahnya saya tanam pokok betik. Bila pokok betik tu mula membesar, daunnya menghalang pokok limau tu dari cahaya matahari. Jadi hiduplah ianya dengan segan-segan tapi mati tak mahu. Saya tebang pokok betik tu apabila habis mengeluarkan hasil, maka dapatlah pokok limau tu bernafas semula. Tetiba pulak ia mencanak naik meninggi ke atas setelah merana lebih 3 tahun. Dan saya pun mula rajin menyiram dan membaja dengan penuh kasih sayang. Sepatutnya bila masuk umur 5 tahun ianya dah mula berbunga dan berbuah. Maka rajinlah saya membuat kajian dengan Pakcik Google tentang cara-cara nak menggalakkan pokok limau berbuah. Salah satu caranya ialah membuat gelang di keliling batang pokok selebar 2 cm. Maka pada suatu hari yang indah saya pun memulakan projek menyiat kulit pada batang pokok limau tu. Saya pilih batang yang sesuai dengan ketinggian saya sahaja. Almaklum lah makcik ni katek, so kita pilih batang yang rendah sahaja.
Kita pilih bahagian maksima untuk dikorbankan. Jenuh juga nak hiris kulit batang tu dek duri yang tajam. Beberapa kali jugak terpaksa berhenti sebab jari dan tangan tertusuk duri.
|
Sebelum.
|
|
Selepas.
|
|
Siap di kelar pada 20hb Ogos, 2020
|
Setiap hari kecuali hari hujan saya akan siram pada waktu pagi dan petang dan bubuh baja selang dua minggu. Alhamdulillah pokok naik meninggi tapi masih tidak berbunga walaupun kulit baru dah tumbuh dan bercamtum semula. Selepas dua bulan saya nampak beberapa kuntum bunga mula tumbuh tapi gugur selepas dua hari. Selepas menunggu dua minggu tanpa kemunculan bunga baru maka saya putuskan untuk tebang sahaja batang yang naik meninggi dan semua ranting yang ada tinggal tunggul sahaja. Saya dapat petua daripada seorang sahabat. Katanya kita kena bagi pokok tu stress supaya ia terpaksa mengeluarkan hasil. Maka saya tebang dengan harapan ia akan mengeluarkan pucuk dan ranting baru.
|
Pokok asal, kurus meninggi. Takut pulak nanti tumbang ditiup angin.
|
|
Dah clear, tinggal batang sahaja di celah-celah pokok lengkuas. |
|
Tinggal batang togel.
|
Lepas dah siap potong bahagian dahan dan daun, nampak buruk pulak tinggal batang tinggi macam tu maka saya potong lagi bagi rendah supaya senang nak petik hasil bila dia merimbun semula nanti. Bukan main lagi makcik berangan...
|
Finally tinggal tunggul setinggi 2 kaki sahaja.
|
|
Sayang pulak tengok dahan yang dah kena tebang.
|
Mudah-mudahan ada rezeki makcik nak merasa hasil tanaman sambil berkongsi dengan orang lain juga. Kita tunggu sahaja sebulan, dua bulan, setahun dua tahun. Kalau ada rezeki tidak ke mana.
PS: Siap di tebang pada jam 8.30 pagi, 2hb November 2020. Lepas ni kita jadi penunggu setia.
No comments:
Post a Comment