Wednesday, 13 September 2023

Cuti-cuti Port Dickson, Ancasa Residence, Part 1

Dah beberapa kali hubby ajak bercuti di PD dan menginap di Ancasa Residence, Port Dickson. Dan beberapa kali juga masa tidak mengizinkan. Baru-baru ini, kebetulan anakanda bongsu balik bercuti summer holiday maka kita buat bagi jadi. So saya buat booking apartment dua bilik untuk dua malam (RM450 per night) untuk spend time dengan anak-anak yang free waktu itu. Bila anak-anak yang lain dapat tahu, depa pun nak join sekali tapi dapat join untuk satu malam sahaja. So saya buat booking untuk satu lagi apartment yang ada tiga bilik pulak untuk satu malam (RM600 per night). Cukuplah untuk kami tujuh beranak plus menantu serta cucu-cucu. Sarapan tidak termasuk dalam harga bilik. Kalau perlu, boleh walk-in dan bayar RM38 sorang dewasa di kaunter kafe. Kalau booking awal boleh dapat harga early bird RM65 untuk dua orang.

Bekal dari rumah.

Untuk hari pertama kami ambik apartment dua bilik untuk saya dan hubby, anak bongsu serta anak nombor dua. Anak-anak lain akan join esoknya di apartment tiga bilik. Kita boleh request untuk dapatkan dua apartment berdekatan provided ada kekosongan. Apartmentnya agak luas, lengkap dengan dapur dan ruang tamu yang luas, fully air-conditioned dan free wifi. Malangnya di dapur hanya ada peti sejuk, hob dan hood dapur tanpa peralatan memasak. Tiada mikrowave, tiada periuk atau kuali. Yang ada hanya pinggan, mangkuk dan cawan sahaja. Pisau, sudu garfu, senduk semua takde. Mungkin dah kena rembat gamaknya.

Dapur yang lapang.

Sinki dapur yang bersih.

Pantry.

Bilik air yang bersih.

Semua bilik depa sediakan dua katil super single.

Ruang tamu yang luas dengan set kerusi makan untuk 6 orang serta sofa set dan TV.

Ruang tamu boleh muat satu kampung.

Hijau menawan dari balkoni.

Laut dari kejauhan.

Hotel Ancasa Residence ni ada tiga tower A, B dan C. Kolam renang terletak di Tower B. Reception pun di sini. Kiranya Tower B ni adalah main building/pusat aktiviti depa. Tower C paling hampir dengan pantai. 

Saya pilih apartment di Tower A sebab dekat dengan tempat parking kereta saya. Kat sini parking sangat terhad. Bila dah dapat parking dinasihatkan jangan keluarkan kereta hingga hari check-out. Sebabnya once dah keluar parking susah nak dapatkan semula. Kebanyakan penghuni pakai Grab sahaja kalau hendak ke mana-mana. Tapi of course la kita tidak hendak ke mana-mana sebab nak duduk lepak di hotel dan pantai sahaja sepanjang percutian ini.


Kolam renang, dengan manusia merenyut-renyut.

Lepas Asar saya dan hubby turun ke pantai berdua-duaan. Hotel ni ada laluan khas ke pantai. Depa takde pantai private, kita kena share dengan orang awam. Cuma bawa kad bilik untuk scan keluar masuk pintu pagar khas menuju ke pantai. Makanan pun mudah sebab ada banyak gerai jualan di sepanjang pantai. Yang tak bestnya bila di sepanjang pantai tu depa letak/ pacak khemah buat sewa kepada pengunjung menjadikan ruang rekreasi agak terhad. Kami tidak berniat nak duduk bawah khemah, so kita duduk je di celah-celah ruang yang ada.

Khemah untuk disewa sepanjang pantai… nak tengok air laut pun payah.


Hotel Ancasa Residence dari tepi pantai… yang nampak tu adalah Tower C.

Kami menunggu lebih kurang satu jam sebelum matahari mula turun. Malangnya ianya seakan malu-malu, berlindung di sebalik awan. So sebelum ianya tenggelam, kita ambik je gambar dulu buat kenangan. Lepas tu kita sambung lepak sambil pekena laksa Penang yang superb.

Matahari yang malu-malu.

Yummy laksa Penang.

Sampai kesudah, matahari tetap berselindung di balik awan, so kita beransur dululah. Malas pulak nak lepasi waktu Maghrib di tepi pantai tanpa proper sunset. Tak perlu gusar, mungkin Allah tundakan rezeki untuk kali ini. Kalau umur panjang, kita cari sunset di tempai lain pulak.

Nampak cahaya di balik awan pun cukuplah buat raso raso.

Kita cuba lagi esok...

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...