Tuesday, 12 September 2023

Hari sukan tadika cucunda di Putrajaya & bermalam di Nilai Springs.

Dah lama tiada hari sukan sekolah anak-anak. Almaklum la semuanya dah habis sekolah dan dah besar panjang. So bila ada jemputan untuk menghadiri hari sukan tadika cucu, bukan main semangat nenek nak join sekali. Malangnya hari sukan cucu bertembung dengan program out-station hubby. Hubby ada program Co-op Bank di Nilai Springs bermula hari Jumaat petang hingga Sabtu tengahari. Manakala sukan cucunda diadakan pada hari Sabtu pagi di Putrajaya. Dan sebagai nenek dan isteri mithali kita susun jadual sendiri supaya tidak terlepas mana-mana pihak. 

Kami gerak dari Ampang pada pagi hari Jumaat dan tiba di Nilai by tengahari. Kebetulan anak nombor 4 tinggal di Nilai so kami stop over untuk makan tengahari dan berehat sementara the guys pergi solat Jumaat. Lepas hubby check-in di hotel dan memulakan program saya keluar ke Putrajaya buat mini gathering dengan anak-menantu yang tinggal berdekatan. Lepas dinner baru saya patah balik semula dan tiba di Nilai Spring dalam pukul 10 malam. Oleh kerana program hubby hanya habis by pukul 11.00 malam, kita hai-hai bye-bye sahaja sebelum masuk tidur. 

Esoknya semasa hubby sibuk dengan program sepanjang pagi Sabtu, saya keluar ke Putrajaya menghadiri hari sukan tadika cucu. Depa buat di padang SMK Precint 16. Program sukan bermula pukul 8.30 pagi tapi saya tiba agak lewat sebab terpaksa berhenti isi minyak kereta dan beli bekal untuk makan sambil bersila dan bersorak tepi padang. Kemain nenek bertepuk dan bersorak memberi semangat untuk cucunda terchenta.

Kakak enjoying the event.

Adik muka stress kena bawa bola dalam gelung.

Adik getting better bila boleh berlari.

Saya tak pasti apa acara yang depa masuk. Semua budak masuk semua acara in one go. Untuk acara pertama depa bawa bungkusan kacang atas kepala kemudian masuk merangkak dalam gelung lepas itu jalan itik, korek kentang dalam besen dan letak kentang dalam bakul. Acara kedua pulak depa kena gelek bola dengan gelung kemudian ceduk kacang dalam baldi lepas tu bawa jalan atas batang kayu dan tuang kacang dalam besen lepas tu ambik buah dan bergolek atas tilam dan lari letak buah dalam bakul. Full of coordination. Seronok tengok budak-budak kecik bersemangat, enjoying themselves memenuhi tuntutan acara masing-masing. Kalah menang belakang kira, yang pasti semua orang dapat menghabiskan pusingan acara masing-masing dengan gembira.

Kakak, the sunflower queen.

Adik more stress during fesyen show sempena Hari Merdeka.

Ceria sudah… adik rumah biru, Blue Pea.

Kakak rumah kuning, Sunflower.

Bila melihat seronoknya cucu-cucu dapat bersama-sama mengambil bahagian dalam sukan, teringat pulak cerita saya bersukan masa kecik-kecik dulu. Sebenarnya nenek depa ni sejak sekolah rendah, dari darjah 1-6, dan sekolah menengah, dari tingkatan 1-5 asyik dapat rumah kuning sahaja. Dan masa kerja jadi cikgu rumah sukan pun ditugaskan sebagai guru rumah kuning jugak. Gamaknya muka nenek ni cuma serasi dengan warna kuning. 

Alhamdulillah acara sukan cucunda berjalan lancar walau tergendala sebentar waktu hujan turun. Semua orang memberi kerjasama yang baik dan berakhir dengan semua peserta dapat hadiah/piala. Usai program saya terus pecut ke Nilai semula untuk menjemput hubby. Saya tiba di hotel dalam pukul 1.00 tengahari, just nice untuk check-out dan terus gerak balik Ampang meredah jalan jam di waktu puncak hari Sabtu.

Alhamdulillah, setakat ini saya masih mampu bawa kereta sorang-sorang ke mana sahaja provided ada google map.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...