Wednesday 17 April 2024

Ganti bateri & basuh Accord

Setelah lebih dua bulan ditinggalkan, kereta Accord merajuk lagi. Sebelum kami balik ke tanah air lebih dua minggu lepas bateri kereta pun dah sedia kong. Saya pun tak pasti bila tarikh sebenarnya. Oleh kerana tuannya sibuk dengan jet-lag dan persiapan raya maka kereta itu dibiarkan tersadai begitu sahaja sehinggalah kami pulang dari berhari raya di Kota Bharu. 

So hari ini kita luangkan masa memberi kasih sayang yang sepatutnya untuk kereta yang dah banyak berjasa selama ini. Kebetulan hubby ada kerja di luar kawasan maka saya ambik peluang membuat kerja-kerja di lingkungan rumah pula. Alhamdulillah, saya dah biasa dengan bengkel kereta di Ukay Perdana ini. Mereka boleh datang ke rumah dengan kadar segera bila-bila masa sahaja setiap kali saya ada masalah kereta. Kali ini depa bawa terus bateri kereta jenama Camel. Saya pun tidak banyak bertanya dan membiarkan sahaja depa buat kerja. Tak sampai 30 minit, semua kerja dah siap. Depa caj RM370 untuk bateri dan RM30 upah  outdoor, total RM400. Kita bayar sahaja untuk keselesaan.

Tarikh hari ini sepatutnya 17.4.2024 (Adik mekanik tu silap tulis jadi 17.7.2024 pulak).😌

Bateri lama yang dipasang pada 26.12.2022 (dah berusia lebih setahun)

Depa check sekali fungsi altenator kereta. Masih berfungsi dengan baik.

Siap.

“Lain kali kalau akak nak tinggal lama, akak cabut je kepala wayar bateri tu…. sebulan dua bulan pun bateri tak mati...” Saya rasa macam pernah dengar nasihat ni. Tapi itulah, tak perasan pulak bila dah kalut nak keluar negara hari tu.

Usai ganti bateri saya bawa kereta untuk dibasuh pulak. Sebelum ini saya biasa basuh kereta sendiri tapi sejak memasuki hujung usia, kita jimatkan kudrat dan kongsi rezeki dengan orang lain pula. Sementara menunggu kereta dibasuh dan vacuum saya duduk menunggu di restoran berdekatan sambil mengeteh. 

Mee goreng mamak dan segelas teh-O ais limau (RM12).

Basuh dan vacuum, RM20.

Siap.

Sekian cerita aktiviti makcik pencen hari ini. Semoga Allah merahmati kita hingga ke akhirnya. Amiin. 🌹

No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...