Saturday, 18 May 2013

Selamat Hari Guru, Cikgu.....


Tarikh 16 Mei sangat sinonim dengan para guru. Namun acapkali juga kedengaran suara sumbang mempertikaikan sambutan hari guru. Kenapa ada Hari Guru? Hari Akauntan, hari Engineer, hari Arkitek tak ada pun...Ada juga yang kata cikgu2 syok sendiri sebab sibuk dengan persiapan hari guru. Hmm….. saya pun terfikir juga kenapa eh ada hari guru!

Saya pun tak pernah ingat bila masa orang mula sibuk tentang sambutan hari guru ni. Seingat saya tak pernah pulak saya sibuk2 cari hadiah bagai untuk bagi kat cikgu saya masa kecik2 dulu. Yang pasti saya selalu berusaha memenuhi apa yang cikgu2 saya harapkan tak kira masa. Kalau depa bagi kerja rumah saya akan pastikan saya lah orang pertama yang submit kerja rumah. Kalau cikgu bagi ujian saya akan berusaha mendapat markah yang baik. Kalau cikgu minta tolong saya suka menjadi orang suruhan itu. Pendek kata saya suka melihat cikgu saya mengukir senyum setiap masa. Saya tak perlukan tarikh keramat untuk menyukakan guru saya...Eh! Bunyi macam budak nerd je...haha.

Sehingga sekarang pun saya tidak pernah mengharapkan apa2 pada hari guru. Apa yang penting adalah anak2 murid saya mendengar kata dan sentiasa berusaha menjadi manusia yang berguna pada agama dan mencapai apa yang mereka citakan.

Saya teringat suatu masa mengikut Hubby pi selia budak praktikal kat suatu audit firm. Tumpang hotel free.. Suatu pagi tu saya turun makan breakfast ngan anak2 aje kat hotel tu. Hubby dah siap awal lagi sebab ada appointment. Ramai pulak pengunjungnya. Terpaksa la saya duduk dengan sorang Puan ni. Saya ni jenis pemalu (ewah!). Mujur juga Puan tu agak peramah. Sembang sikit2. Dia tanya kerja apa. Saya jawab la saya cikgu. Ngajar Math dan Prinsip Akaun. "Dah berapa ramai anak didik cikgu yang dah jadi akauntan?" Haha....ambik sebiji. Saya pandang je dia. Dia ni nak perli ke apa. Tapi saya jawab jugak la . "Belum ada lagi. Cuma ada la beberapa yang masih study kat IPT. Insyaa Allah tak lama lagi grad.."

Sebenarnya itu lah harapannya. Kalau kita mengajar Akaun, orang akan expect anak2 didik kita tu nanti jadi akauntan. Saya sendiri pun inginkan mereka menjadi akauntan muslim yang berjaya. Dalam kelas saya selalu selitkan pengharapan saya supaya mereka meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan.

"Cikgu tidak boleh gagal! Cikgu tidak boleh malas dan cikgu tidak boleh main-main! Sebab dalam tangan cikgu lah masa depan mereka ini...." Huh.

Saya memang suka berkongsi ilmu a.k.a mengajar. Kalau cikgu hanya mengajar memang la senang. Yang payahnya ialah mendidik. Bab nak mendidik ni yang payah.. Perlu banyak sabar nak deal dengan murid2 terutama yang lemah. Nak kena bagi kasih sayang, bagi semangat. Lagi parah kalau yang lemah ni ada yang perangai kurang ajar. Memang kena persiapkan minda dan rohani yang kental. Alhamdulillah setakat ini anak2 didik saya terhindar dari gejala kurang ajar ni. Agaknya depa semua mendapat kasih sayang yang cukup dari guru2 al-Amin. Lagipun rata2 mereka datang dari keluarga yang baik2, keluarga yang educated, keluarga yang berada serta menitik beratkan hal2 agama. Setakat nakal sikit2 tu insyaa Allah masih boleh ditangani....

Tugas memanusiakan seorang manusia adalah tugas yang menuntut segala macam kekuatan, kecekalan, kesungguhan dan keikhlasan. Dan alhamdulllah sehingga sekarang, saya masih mampu melaksanakan segala amanah yang diletakkan dibahu mengikut piawaian saya….

­­­­­­­­­­­­­­­Suka saya nak kongsi sebuah sajak nukilan seorang guru dan juga sahabat kepada Cikgu Ili Raihana, Jay Shaari... 

Anak didikku…
Aku pernah menjadi kalian,
Merenung masa depan dari jendela keresahan,
Keliru…arah manakah harus dituju,
Gelisah…bimbang tersilap langkah,
Tapi saat aku melihat guru,
Senyumku kembali menguntum.

Kini…
Aku datang untuk mengukir sejarah serta mencari kenangan,
Menjadi guru, berbeza suasana dan cabaran,
Menjadi saksi,papan hitam yang kini bertukar putih,
Buku sifir diganti mesin kira serba canggih,
Dinding kelas yang tidak lagi dihias lukisan tangan,
Namun kerusi dan mejanya masih dipenuhi contengan dan tulisan.

DUHAI ANAK-ANAK DIDIKKU

Terima kasih atas tekunmu menimba ilmu,
Terima kasih atas sabarmu menerima nasihatku,
Terima kasih atas gigihmu menyiapkan tugasan,
Terima kasih atas redhamu menerima hukuman,
Terima kasih atas yakinmu pada apa yang kami sampaikan,
Terima kasih atas rajinmu membantu,
Terima kasih atas semangatmu yang tinggi saban waktu,
Terima kasih untuk ucapan salam dan selamat pagimu,
Terima kasih untuk setiap senyuman yang menguntum di bibirmu,
Terima kasih untuk semuanya..
Terima kasih…kerana menjadikan kami guru-gurumu.

ANAK-ANAK DIDIKKU…

Maafkan cikgu andai sakitmu tidak sempat dijengah,
Maafkan cikgu andai letihmu jarang sekali dimengerti,
Maafkan cikgu andai ilmu yang diberi kurang difahami,
Maafkan cikgu andai ada amarah yang terluah,
Maafkan cikgu andai lena pagimu seringkali diganggu,
Maafkan cikgu andai ada teguran yang menusuk kalbu.

Percayalah…
Diri ini tidak sekalipun membenci,
Tetapi semuanya kerana cikgu terlalu menyayangi,
Anak-anak didikku…
Roda masa akan tiba pada putaran,
Di saat cikgu dan kalian harus saling meninggalkan,
Namun doa cikgu,tidak akan pernah ada akhiran.

Jadilah apapun saat dewasamu anak-anak didikku,
Semoga kalian sentiasa kuat,
Merentang terik mentari musim panas,
Juga dingin salju musim sejuk,
Terima kasih sekali lagi anak-anak didikku,
Kerana kalian,
Panggilan keramat guru,
ABADI di diriku…

Terimakasih kepada semua anak didik saya yang sudi menghantar ucapan “Selamat Hari Guru”. Sungguh, saya sangat terharu. Sungguh, panggilan keramat ‘cikgu’ tak kan abadi tanpa kalian…

Kepada semua yang pernah mendidik saya, jutaan terimakasih di atas jasa kalian. Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian mendidik saya selama ini.....SELAMAT HARI GURU.

Friday, 17 May 2013

Petua akuarium kekal jernih.

Hari Jumaat minggu lepas berpeluang balik awal. Pukul 3 pm tu kira awal lah. So first thing first pi singgah kedai beli barang basah. Saya selalu beli barang basah hari Jumaat. Beli banyak terus untuk kegunaan hari Sabtu dan Ahad. Senang. Tak payah kalut2 nak berebut2 di pasar tani. Pada hari lain saya biasanya singgah kedai on the way balik kerja. Beli terus masak. Haha...nak cerita rajin masak ke apa.

Sampai je rumah terus cuci akuarium. Kesian 2 ekor ikan saya jadi arwah lagi. Pokok-pokok air pun dah nampak tak subur. Macam berlumut je.... Alhamdulillah hasil keringat anak bujang hansem saya tu, habis semua isi akuarium tu kami keluarkan. Mula-mula keluarkan ikan-ikan beserta sedikit airnya pindah dalam baldi. Lepas tu kutip batu-batu kecik tu masuk dalam besen besar. Lepas tu angkat akuarium tu cuci kat luar rumah. Lepas tu letak air baru. Guna air paip je. Lepas tu letak anti-klorin dalam 2 sudu besar. Biar sekejap dalam 5 minit. Lepas tu baru masukkan ikan semula. (Macam buat resepi pulak.)
Ni je ikan yang tinggal.

Anak bujang tu pulak asyik mengomen je yang akuarium tu masih nampak dull. So petang tu terus pi beli kolong dan kayu buruk buat hiasan. Sedihnya pulak, baru je cuci akuarium tu dan salin air waktu petang, malamnya terus nampak macam dah keruh. Ada petua suruh letak seketul arang dalam air supaya kekal jernih. Alhamdulillah ada arang lebihan pokok orkid saya hari tu. Saya basuh dan letak je kat dalam akuarium tu. 

Alhamdulillah sehingga hari ni (dah seminggu) air masih jernih. Petua guna arang tu barangkali. Ikan-ikan tu pun nampak makin  ceria. Mudah-mudahan depa tu kekal segar dan lebih panjang jangka hayatnya. 




Serampang dua mata.

Hari tu saya dah buat petua halau nyamuk. Guna hirisan lemon dan bunga cengkih. Waktu malam saya letak kat ruang tamu. Siang hari saya letak dalam peti ais. Selepas 2 hari buat kerja-kerja ni saya notis peti sejuk saya  dah tak ada bau yang kurang enak. Rupa-rupanya petua ni boleh juga digunakan untuk meneutralkan bau peti sejuk. Lepas ni kena sentiasa ada stok lemon. Selain buat minuman dan guna dalam masakan boleh guna dalam amalan petua. Tak payah sembur2 pewangi bagai. Guna je bahan naturel....hmm.

Sunday, 12 May 2013

Gulai ayam pagi-pagi...

Biasanya weekend begini saya selalu sibuk hantar anak pi latihan sukan. Lepas tu on the way balik singgah beli nasi belauk kat mana2 warung jual makanan Kelantan. Maklum la lidah Kelantan. Sekali seminggu mesti nak pekena juadah asli Cik Siti Wan Kembang tu..

Hari ni terasa malas pulak nak keluar rumah. Lagi pun  hari ni tak ada pulak aktiviti keluar rumah. Budak2 semua sibuk nak pereksa.  Masak sendiri je lah...Masak resepi bonda tuh. Ubah suai mengikut keadaan semasa. Biasanya orang buat lauk ikan tongkol. Tapi hari ni saya buat gulai ayam.. Makan dengan nasi putih je.

Gulai Ayam Spesel.

Bahan-bahannya:
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
Sehiris halia*
Sehiris lengkuas*
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat
Sekeping asam gelugur
Bahan tumis: 1 inci kulit kayu manis, 5 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga.
Minyak untuk menumis
gula merah dan garam secukup rasa.

Caranya:

  • Tumbuk bahan bertanda  (*). Tumbuk pakai lesung batu untuk mendapatkan rasa tradisional. Tak payah guna blender. 
  • Masukkan bahan tumbuk tadi kedalam mangkuk. Campurkan sebuk kari dan sedikit air. Kacau. 
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan adunan rempah. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan ayam. Kacau rata. Masukkan garam dan kerisik. Kacau lagi supaya tidak melekat pada periuk. Bila ayam agak kecut masukkan santan pekat, gula merah dan asam keping. Kacau lagi. Biar atas api hingga masak dan agak pekat. Siap.
Sedap dimakan dengan hirisan timun dan sambal lada*
(*3 biji lada besar + 1/2 sudu kecil garam = Tumbuk semua. Lepas tu  tambah 1 sudu kecil gula dan sedikit perahan lemon.)

Tak sempat nak ambik gambar sebab depa dah tak sabar2 nak makan...
Selamat hari ibu....

Petua halau nyamuk??

Semenjak dua menjak ni rasa macam banyak nyamuk pulak kat rumah ni. Agaknya sebab musim hujan jadi nyamuk seronok nak membiak. Saya pulak jenis tak suka sembur2 ubat naymuk ni.
Dah lama dah tak hadapi masalah nyamuk ni. Kalau dulu2 saya biasanya pakai kelambu je. Tapi sekarang kelambu tu jadi khazanah..kat mana tah.
Rupa2nya ada petua halau nyamuk yang saya tak pernah dengar.

Caranya:
Belah buah lemon (yang kuning besar2 tu). Lepas tu  ambik beberapa kuntum bunga cengkih dan cucuk kat lemon tu. Alas dengan piring dan letak lah kat mana2 tempat yang banyak nyamuk. Selain berbau sedap, Insya Allah nyamuk akan berkurangan.

Lemon yang dah dicucuk dengan bunga cengkih..

Saya baru je cuba buat 2 hari. Tak tahu lah berkesan ke tidak. Letak waktu malam je. Siang2 simpan balik lemon tu dalam peti sejuk. Boleh guna untuk beberapa hari selagi lemon tu tak busuk.

P/s...Kredit pada cikgu Fatimah sebab share petua ni... Petua bonda dia sebenarnya....Heheh.

Wednesday, 1 May 2013

Selamat berhijrah Prof.....

Alhamdulillah selepas beberapa hujung minggu akhirnya selesai mengemas opis hubby seperti yang dirancangkan. Mengemas dihujung minggu je sebab tak nak ganggu orang masa weekdays. Hasil kerjasama anak2 yang tak jemu menemani umi dah ayah. Bukan apa depa tu seronok main je..
Peghak.. Orang sibuk punggah kotak depa berangan naik racing car...

Sebelum...

Selepas..

Saya selalu menyonteng di sini bila terpaksa menemani hubby menyiapkan kerja sebelum pulang dolu2.. 

 Lebih 15 tahun hubby menghuni bilik ini...

UIAM dah menjadi sebahagian dari sejarah hidup kami. Kekadang tu dah jadi macam rumah ke 2 pulak. Hubby mula berkhidmat dengan UIA sejak tahun 1992. Rezeki Iman kata hubby. Ya..hubby mendapat tawaran mengajar, masa tu masih di UIA PJ semasa saya mengandungkan anak pertama. Rezeki budak kata hubby. Kami sentiasa percaya janji Allah bahawa setiap anak membawa rezeki kepada rumahtangga. Kehadiran anak pertama kami amat bermakna....
Selepas Iman lahir hubby menyambung Master di UK. Semestinya saya dan Iman ikut sekali. Selepas 2 tahun di sana lahir pula Hidayah bersama Master Degree hubby. Anak bujang pertama kami menyusul semasa hubby bertungkus lumus menyiapkan  tesis PHD. Seterusnya rezeki membeli rumah dan kereta datang bersama kelahiran anak2 seterusnya. Hubby memang selalu mengaitkan anak2 yang lahir membawa rezeki masing2. Yang penting kita hendaklah yakin dengan janji Allah. Jangan pernah merungut dan bersalah sangka dengan Allah.
Semua kenangan pahit manis tersimpan di sudut hati.

Bilik A 325 bakal menyaksikan penghuni baru entah siapa...
.
Dah masuk sebulan Hubby berhijrah ke tempat baru. Terlalu awal untuk saya memberi apa2 komen. Yang penting hubby gembira kerana dapat menyumbang di tempat baru. Saya pun turut mendapat sahamnya heheh.. Chaiyok Prof! Be good wherever you are... Saya dan anak2 sentiasa menyokong dari belakang....

Ikan Oh! ikan.....

Hari ni dah masuk sebulan saya bela ikan.Tak pernah pulak hayat hidup saya bela-bela ikan ni. Masa kecik dulu kalau nak main ngan ikan kami pakat pi bekubang kat bendang je. Macam-macam jenis ikan ada....free of charge. La ni semua nak kena pakai duit. Hari tu dah terbeli akuarium kat IPC, tak kan la nak biar macam tu je. Belum lagi menjadi minat saya nak bela ikan ni. Tapi boleh cuba...
Akuarium tu saya dah siap pasang 2 hari sebelum tu. Mengikut kata adik kat kedai ikan tu, akuarium ni kena cuci dulu. Batu-batuan tu kena rendam dulu sebelum susun dalam akuarium tu sebagai dasar dia. Masukkan air paip dan letak antiklorin. Biar 2 hari supaya air tu sesuai untuk habitat ikan.
Saya beli ikan kecik2 je. Saja nak cuba dulu. Yang agak besar 4 ekor RM10. Yang kecik2 sekor RM1. Saya campur beberapa spesis sebanyak 12 ekor. Warna oren penuh, oren tampung hitam dan belang2 oren hitam. 
Tapi sayang, rupanya saya kurang serasi dengan ikan2. Selepas seminggu ikan2 comel tu mula jadi arwah. Mula2 sekor je syahid. Selang beberapa hari terus sampai 4 ekor jadi mayat. Selepas 2 minggu yang tinggal hanya yang besar2 je. Mungkin depa tak sesuai tinggal bersama. Patutlah kat kedai tu depa asingkan ikan2 tu mengikut saiz dan jenis. Saya main lambak je semua dalam satu tempat... Hish...tak patut betul.


Setiap hari saya bersembang ngan ikan2 ni...
Ni je yang tinggal selepas 2 minggu.

"Dah cuci akuarium ke? Nampak keruh je air tu..." Ni yang saya malas ni. Jadi rutin mingguan pulak nak kena cuci akuarium tu. Leceh....memang leceh. Kena punggah air kotor masuk dalam baldi pi buang. Lepas tu kutip ikan tu sekor2 nak pindah ke bekas lain. Cuci batu2 tu satu2. Buang semua taik2 ikan yang mendap kat lantai akuarium tu. Lepas tu masukkan air bersih. Letak anti-klorin. Lepas tu baru masukkan ikan semula.....
Alhamdulillah hari ni saya sekeluarga (ewah sekeluarga tu....) bersatu tenaga mencuci akuarium tu. Dah jadi aktiviti keluarga pulak. Betul lah kata orang berkat bela-membela ni merapatkan hubungan dan kasih sayang. Pagi tadi pi kedai ikan cari peralatan tambahan untuk ikan2 tu. Beli batuan, anti klorin. makanan ikan, penangkap ikan, penapis filter, pokok air dan 3 ekor ikan baru. Nama apa tah. Warna oren juga.

Setelah diberi sedikit nafas baru...Nak kena letak beberapa hiasan lagi. 
Mudah2an ikan2 tu bergembira ria lepas ni.
 Kalau arwah juga kira ajal depa lah tu...Redha aje la..

Mencekodok pulak...

Saya jarang buat jemput2 a.k.a cekodok. Sebabnya?
"Cekodok umi tak sedapla...." Cis!
Sabar je la....
Kebetulan hari ni cuti Hari Pekerja. Panjang je list things to do saya. Ada pulak beberapa biji pisang yang dah lebu. Boleh la saya lenyek je buat cekodok. Hangpa suka ke tak suka ke sukahati lah.... Kalau tidak membazir je. Budak2 ni bukannya nak makan kalau dah pisang rupa macam gitu. 
Cekodok superb. Bunga ros tu petik dari laman, saja nak buat hiasan...

"Eh...sedap la cekodok umi hari ni..." Haha...macam-macam budak2 ni nak membodek. Sekejap je licin.

Inilah resepi mudah saya. Kot2 la depa nak cuba bila saya dah tak ada nanti...
Bahannya
2 cawan pisang lenyek (pisang apa2 pun tak kisah)
2 sudu besar gula perang (brown sugar)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu segar (Tak letak pun tak apa)
secubit garam
1/2 sudu kecil soda bikarbonat (Tak letak pun ok..)

Gaul semua bahan. Biarkan adunan selama 30 minit. Lepas tu jemput-jemputkan dengan jari dan goreng dalam minyak yang banyak (deep fry) dengan api perlahan. Balik2 kan sentiasa supaya masak sekata. Siap..

Wajah kita amanah kita.....

Kata orang kalau nak cantik mesti rajin. Pada saya cantik itu subjektif. Bak kata pujangga... "Beauty is on the eye of the beholder......